Total Pageviews

Friday, December 30, 2016

10 MINUMAN DAN MAKANAN UNTUK PENYAKIT DEMAM DENGGI



Tidak ada ubat-ubatan yang dibuat khusus untuk merawat demam denggi. Dengan begitu, seorang pesakit demam denggi boleh mencuba beberapa rawatan tradisional seperti minum jus herba. Berikut ini minuman untuk pesakit demam denggi.

1. Jus Betik dan Limau Nipis

Bahan-bahan:
  • 100 gram daging betik matang
  • ½ sudu teh air hasil perasan limau nipis
  • ½ sudu teh madu
  • 50 ml air mineral

Cara buat jus betik untuk rawat denggi:
  1. Potong-potong buah betik, lalu isikan ke dalam pengisar bersama bahan lain.
  2. Giling sampai halus dengan menghidupkan pengisar.
  3. Tuang hasil gilingan bahan ke dalam gelas. Hidang segera.

2. Jus Daun Betik
Selain buah betik, Anda juga bisa memilih konsumsi daun betiknya yang banyak sekali penduduk Malaysia minum apabila terkena denggi.

Bahan:
  • 2 lembar daun betik tanpa batang dan getah

Cara buat jus daun betik:
  1. Cuci daun betik dengan air biasa, jangan pakai air panas kerana boleh hilang khasiatnya.
  2. Tumbuk daun betik, lalu peras pakai penapis kain hingga keluar airnya.
  3. Minum air daun betik.

Memang terasa sangat pahit, tapi khasiatnya sangat mujarab untuk merawat demam denggi.

3. Jus Tomato, Mangga, dan Tembikai

Bahan-bahan:
  • 100 gram buah mangga dan tomato
  • 50 gram buah tembikai
  • 100 ml air mineral

Cara bikin jus:
  1. Potong-potong tomato, lalu rendam dalam air panas selama beberapa minit.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar, giling hingga halus.
  3. Saring hasil gilingan ke dalam gelas, minum airnya.

4. Jus Buah Bit dan Tomato

Bahan-bahan:
  • 1 buah bit dan tomato
  • 5 sudu makan yoghurt kental
  • 200 ml air mineral

Cara mengolah jus:
  1. Kupas buah bit, dipotong-potong kemudian. Rendam tomato pada air panas, potong-potong seperti pada jus sebelumnya.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar, giling hingga halus.
  3. Tuang dalam gelas, minum.

5. Jus Oren dan Kiwi

Bahan-bahan:
  • 75 gram buah kiwi warna hijau
  • 50 gram buah oren rasa manis
  • 100 ml air mineral
  • 2 sudu makan sirap gula

Cara membuat jus penawar demam denggi:
  1. Potong-potong buah kiwi.
  2. Lepaskan biji buah oren.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  4. Tuang air dan sirap gula agar jus menjadi manis.
  5. Giling hingga semua bahan rata tercampur.
  6. Siapkan gelas, tuang jusnya. Minum segera.

6. Jus Jambu Batu Merah

Bahan-bahan:
  • 100 gram buah jambu batu merah
  • 1 sudu makan madu
  • 100 ml air 

Cara membuat jus:
  1. Sediakan pengisar, bersihkan buah jambu lalu dihiris agar mudah halus.
  2. Masukkan ke dalam pengisar beserta madu dan air.
  3. Haluskan, saring jus ke dalam gelas, lalu minum.

Minumlah segera jus-jus buah agar khasiatnya boleh didapati secara maksimum. Selain minum jus, ada juga makanan dan minuman selain jus yang boleh Anda cuba. Sila dilihat.

7. Air Kelapa Muda
Badan Makanan Dunia PBB (FAO - Food & Agriculture Organization) menyatakan khasiat dari air kelapa muda sebagai penghilang dahaga sebab kaya akan zat elektrolit semula jadi. Air kelapa muda saat ini telah menjadi minuman bagi atlet kelas Olimpik sebab rasanya lazat dan kaya vitamin.

Di dalam air kelapa muda tersedar mineral berupa kalsium, magnesium, klorida, dan sodium. Zat-zat tersebut merupakan elektrolit yang diperlukan tubuh ketika mengalami dehidrasi. Kekeringan adalah masalah utama yang perlu dihadapi oleh pesakit demam denggi. Minumlah air kelapa sebagai rawatan demam denggi.

8. Minuman Isotonik
Kalau Anda sudah mencari air kelapa muda, maka penuhi cecair badan yang hilang ketika diserang demam denggi dengan minum minuman isotonik. Ini boleh menangkal dehidrasi dan meningkatkan stamina.

9. Sup Ketam
Para saintis telah lama kesulitan mencari ubat penawar demam denggi. Namun, belum lama telah ditemui bahawa ketam boleh dijadikan penawar untuk melawan demam denggi. Pada ketam terdapat protein tinggi yang boleh membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang kerana virus denggi. Bila pesakit tidak ditangani segera, maka akan terjadi sindrom penurunan platelet akibat virus tersebut yang berhujung pada kematian.

Makanlah sup ketam. Kesannya adalah panas badan meningkat sekaligus peningkatan platelet dalam masa singkat, iaitu hanya antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit boleh pulih 99.9% dalam tempoh tersebut. Anda boleh makan sup ketap beserta meminum kuahnya. Ayo tangani denggi dengan sup ketam.

10. Bubur
Untuk mengembalikan keadaan tubuh yang lemah, pesakit demam denggi boleh makan bubur. Bubur menjadi pilihan makanan terbaik kerana mudah dicerna dan boleh memenuhi tenaga. Masukanlah komposisi makanan penambah tenaga pada bubur.

Nasihat dari Kasih Petua, lebih baik Anda perbanyak pengambilan jus jambu batu merah atau jus daun betik kerana khasiatnya yang telah dibuktikan banyak pesakit denggi. Tidak hanya itu, untuk mencegah sesuatu yang buruk berlaku, akan lebih baik jika Anda juga mengambil sup ketam. Demikian maklumat mengenai makanan dan minuman untuk pesakit demam denggi. Semoga berguna, jangan lupa dikongsikan pada rakan lain.

No comments:

Post a Comment