Total Pageviews

Tuesday, December 27, 2016

ANGIN DALAM BADAN


MASALAH ANGIN PADA DIRI KITA

Angin
penyebab kebanyakan kesihatan seseorang terjejas tanpa mengira usia. Ada setengah mengatakan istilah angin ini disebabkan angin daripada usus, sendawa, kembung perut, mudah senak atau memulas perut, sakit kepala dan sengal otot dan badan. Jika masalah angin tidak dapat dikawal, atau dibiarkan saja, masalah angin akan menjadi satu gangguan kesihatan yang boleh melarat kepada diri anda. Ini membuatkan anda rasa tidak selesa pada selurh badan kerana ia berada dari hujung kaki hingga ke kepala.

Untuk pengetahuan anda, setiap dalam badan manusia ada mempunyai angin. Kita tidak boleh terlepas atau lari darinya. Angin dalam badan juga berfungsi sebagai sel darah untuk beroperasi. Sel darah bawa dan hantar oksigen keseluruh tubuh kita. Oksigen dari udara itulah angin. Jika oksigen tidak boleh bergerak/tersangkut, terjadinya angin dalam tubuh yang menyakitkan. Ia berpusing didalam tubuh, lalu tersekat dan berkumpul disuatu tempat. Tempat tu akan rasa sakit, menyucuk-nyucuk, lenguh lenguh adakala menjadi kebas. Jika ia terhenti di sendi-sendi, ini akan mengakibatkan asid berlebihan akan tersekat dalam badan. Asid ini dekenali sebagai asid uric. Angin jika lama dibiarkan akan menjadi bengkak. Kebanyakkan angin ditubuh ada diperut kerana apa saja yang kita makan dan minum akan pergi ke perut. Angin juga boleh mengundang sakit jantung, semput/asma, dan sakit paru paru.




Angin akan menyebabkaan kita :

1) Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan

2) Insomnia (masalah tidur), Mata gelap , Mata merah

3) Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas

4) Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah

5) Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut

6) Masalah sendi - lenguh lenguh badan

7) Toksin dalam badan membuatkan anda rasa letih, lesu dan mengantuk

8) Terasa senak perut, tidak lalu makan dan mual

9) Seluruh badan, mata dan kepala rasa menyucuk-nyucuk

10)Tidak boleh melihat benda-benda terang seperti cahaya lampu, tgk tv dan membaca






Angin Boleh Dihindarkan jika : 

1) Banyakkan makan makanan yang berserat tinggi dan mudah hadam

2) Elak makan sayur yang bewarna putih spt bunga kobis, kobis, taugeh, baby corn dll

3) Kurangkan minum minuman yang berkafin spt kopi & teh

4) Kurangkan makan makanan yang berlemak

5) Amalkan senaman setiap hari

6) Makan buah prune, bawang putih, minum air halia dan letak lada hitam dalam masakan

7) Buang air besar setiap hari jangan ditangguh

8) Kurangkan makan buah nangka, cempedak, sengkuang dan makanan yang sejuk

9) Makan secara perlahan dan minum banyak air suam kalau boleh air panas suam

10) Kalau rajin, pergilah urut badan, bertungku dan bekam


Oleh itu jagalah pemakanan, kesihatan, amalkan pantang & petua-petua yang telah diberi
oleh orang disekeliling kita. Segera berjumpa doktor jika angin anda melarat atau berpanjangan. Ini kerana kita tidak mahu akan mengundang penyakit lain.