Total Pageviews

Wednesday, November 30, 2016

APA ITU HEPATITIS


Istilah "Hepatitis" dipakai untuk semua jenis keradangan pada hati. Terdapat pelbagai punca Hepatitis samada dari virus sehingga kepada ubat-ubatan, termasuk ubat tradisional. Penyakit Hepatitis adalah penyakit yang menyerang salah satu organ penting dalam tubuh kita aitu organ hati. Penyakit Hepatitis atau penyakit kuning adalah segala hal bentuk peradangan yang menyerang organ tubuh yang disebut dengan hati ataupun liver. Fungsi utama dari hati atau liver adalah menyaring racun-racun yang ada pada darah. Selain itu, masih ada sekitar 500 fungsi lain dari hati. Jika seseorang menderita hepatitis, yang merupakan peradangan pada hati atau liver ini, dapat menghancurkan kesihatan orang tersebut secara keseluruhan kerana racun tetap bercampur pada darah dan merosak atau mengganggu kerja organ lain. Akibat lainnya adalah hati menolak darah yang mengalir sehingga tekanan darah menjadi tinggi dan pecahnya pembuluh darah. Virus ini dapat menular melalui makanan, minuman, jarum suntik dan pemindahan darah. 






Hepatitis adalah daripada perkataan Latin yang bermaksud Radang Hati. Ia disifatkan pemusnah banyak sel-sel hati dan akan memusnahkan sel-sel daripada tisu hati. Hepatitis boleh menyebabkan oleh penyakit yang terutamanya menyerang sel-sel hati. Ia juga muncul hasil daripada penyakit seperti mononucleosis. Manusia boleh mendapat hepatitis jika mereka berhubung secara terus. salah satu virus yang menyebabkan radang hati atau terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan hepatitis seperti alkohol, toksin, kulat dan ubatan yang tertentu. Ia boleh berlaku oleh racun ubat jika terlebih dos ubatan (seperti paracetamol) atau berlaku reaksi yang ganjil pada hati kepada dos yang normal (seperti halothane, anaesthetic).

Hepatitis boleh dibahagikan kepada dua kumpulan kecil termasuk di dalam tempohnya. Jika seseorang mendapat penyakit hepatitis berat, maka satu-satunya cara untuk menyembuhkan adalah dengan melakukan transplantasi hati. Walaubagaimana pun, ia sangat sukar untuk dilakukan. Kerana penyakit hepatitis berat akan berakhir dengan kematian. Untuk melambatnya, disarankan kepada pesakit makan makanan bergizi sehingga sistem kekebalan tubuh menjadi lebih kuat. Hepatitis



terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Hepatitis Acute - bertahan kurang dari 6 bulan dan Hepatitis Kronik - bertahan lebih lama dari 6 bulan. Hepatitis Acute mempunyai beberapa penyebab jangkitan virus hepatitis seperti hepatitis A, hepatitis B, hepatitis C, hepatitis D dan hepatitis E. Virus penyakit yang lain seperti monocleosis dan cytomegalovirus, jangkitan bakteria yang teruk, ,jangkitan amoebic, ubat-ubatan seperti racun paracetamol dan halothane (sejenis ubat bius), alkohol dan toxin kulat contohnya keracunan cendawan payung. Penyebab bagi Hepatitis Kronik pula adalah jangkitan virus hepatitis seperti hepatitis B, hepatitis C dan hepatitis D, Ubat-ubatan, toxin-toxin seperti alkohol.




Gejala Hepatitis :
1) Sakit seperti menusuk pada perut bagian kanan
2) Badan menjadi lemah, mual, demam dan cirit-birit.
3) Sakit kuning yang terdapat pada kulit dan mata
4) Kurang selera makan
5) Tekanan atau sakit pada bahagian kanan tulang rusuk disebabkan pembesaran hati.
6) Sakit pada otot, sendi, kepala dan ruam kulit.


Rawatan Hepatitis :
1) Elakkan daripada terdedah terhadap virus-virus hepatitis
2) Jangan ambil minuman yang beralkohol
3) Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
4) Rawatan tradisioanal seperti akupuntur dan hemeopathy
5) Disiplinkan diri dengan mengikuti arahan pengubatan doktor
6) Jaga kesihatan diri yang cukup dan sentiasa bersih

Penyakit Hepatitis biasanya tidak boleh dilihat dengan jelas sehiggalah doktor membuat rawatan lebih lanjut. Virus ini akan berpindah dari penerima virus kepada seseorang yang sihat. Jika kekebalan tubuh seseorang itu sedang lemah, virus akan menjangkiti tubuh orang yang sihat. Walau bagaimana pun, virus ini dapat dibersihkan oleh antibodi manusia itu sendiri jika sistem kekebalan tubuhnya baik. 


SEMOGA BERMANFAAT,JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

TAHUKAH ANDA APA ITU ULSER PERUT


Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan demam, jangkitan kuman dan sebagainya. Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh. Gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser.

Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama ususkecil atau duodenum. Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD). Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastrik kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut. Gastrik atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Jika dibiarkan ia akan menjadi ulser kerana ia bersangkut paut.




Tanda-Tanda Lazim Ulser Perut:

1) sakit menggigit di dalam perut yang biasanya menjadi lebih teruk selepas mengambil makanan dan minuman.
2) Sakit mencucuk cucuk sampai ke belakang

3) Mengalami sakit yang teramat sangat hingga membosankan
4) Terasa pedih dan tajam-tajam di perut
5) Angin yang banyak hingga merasakan loya, muntah-muntah pening dan lesu
6) Kurang selera makan
7) Kehilangan berat badan
8) Perubahan warna pada najis (hitam)

Punca-Punca Ulser Perut :
1) Suka makan makanan yang pedas, masam dan berminyak,
2) Makanan yang tidak seimbang,
3) Jadual makan yang tidak menentu
4) Kurang minum air suam (mineral)
5) kurang bersenam
6) Perokok tegar dan minum minuman yang beralkohol
7) Ubat yang tidak sesuai pada badan anda
8) Stress

Rawatan Yang Harus Diketahui:
1) Makan makanan yang sihat dan seimbang, banyakkan sayuran dan buahan
2) Banyakkan minun air
3) Disiplinkan waktu makan
4) Bagi perut yang tidak tahan, jangan makan makanan yang pedasdan masam
5) Amalkan gaya hidup sihat: Bersenam selalu, rehat secukupnya dan hentikan tabiat buruk
6) Henti tabiat buruk seperti merokok dan minum minuman beralkohol
7) Kawal tekanan/stress
8) Ketahui ubat-ubatan yang anda ambil

  Untuk Pengetahuan anda lagi, Ulser perut atau Ulser Peptic merupakan satu keadaan di mana selaput dalam perut mengalami luka. Selain perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer). Dalam kebanyakan kes bakteria Helicobacter Pylori menyebabkan perut menjadi luka. Bakteria ini mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia seperti ammonia, protease dan cytotoxin yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat (asidosis). Asid dalam perut akan menjadi lapisan perut mengalami luka atau pedih perut. Pengambilan ubat-ubatan moden seperti (Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs) yang digunakan untuk merawat tulang dan sendi, serta Aspirin di kalangan pesakit jantung dan strok menjadi faktor penyumbang kepada ulser. Ubat moden merupakan salah satu penyebab utama pendarahan perut dan usus yang boleh menyebabkan kematian yang dikaitkan dengan penyakit ulser berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan moden. sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi.'Untuk itu, sekiranya pesakit mengalami sakit perut yang kerap ataupun berlarutan, selain diberikan ubat oleh doktor, mereka juga berhak untuk melakukan ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar.



SEMOGA BERMANFAAT,JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!



Saturday, November 26, 2016

KALAU ANAK DISERANG CHICKENPOX,INI YANG PATUT ANDA LAKUKAN!


Munculnya bintik-bintik kemerahan pada badan anak disertai dengan suhu badan yang panas secara tiba-tiba mungkin menandakan anak anda terkena chickenpox atau jangkitan cacar air.

Datangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang 'salam'. Mula-mula hanya ada sebiji bintik merah di mana-mana bahagian badan anak anda.

Suhu badan anak juga secara tiba-tiba naik ke paras 38 darjah selsius menandakan dia diserang demam.

Masuk hari kedua atau ketiga, bintik merah mula semakin 'meriah' di seluruh badan anak. Kemudian bintik merah itu akan menjadi lepuh air.

Memang sah anak anda diserang chickenpox!

Kalau ini pengalaman pertama anak anda diserang chickenpox, baik anda baca tip ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.

1. Segera berjumpa doktor

Mula-mula sekali jika anda mengesyaki anak mungkin diserang chickenpox, segera bawa dia berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.

2. Bagi anak minum air kelapa

Ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.

3. Kuarantin anak daripada pengasuh/nurseri

Anak anda memang wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chickenpox mudah berjangkit. Nanti ada ibu bapa lain yang akan menjeling jika anda terus menghantar anak ke nurseri atau rumah pengasuh.

4. Bergilir jaga anak

Inilah masanya ibu dan ayah perlu berkorban. Banyak kerja di pejabat? Ia bukan alasan jika anak kena chickenpox terutama jika anda tiada pembantu rumah. Anda berdua perlu bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga anak di rumah. Kalau banyak kerja pejabat, boleh sahaja buat dari rumah. Asalkan ada internet di rumah, tiada masalah!

5. Sapu losyen calamine

Doktor akan membekalkan anda losyen calamine. Mesti sapu losyen ini dengan kerap pada badan anak untuk mengurangkan kegatalan. Kalau petua orang lama dulu, menyarankan pesakit chickenpox tidur beralaskan daun semambu. Kini dengan losyen calamine, tak perlu guna lagi mencari daun tersebut. Dengan losyen calamine, rawatan lebih mudah dan cepat.

6.Ambil paracetamol kanak-kanak

Pastikan anda ada termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, ambil sirap paracetamol kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu sehingga 39 darjah selsius.



BACA: TIP ELAK ANAK SAKIT

7.Pakaikan lampin sahaja

Jika anak anda masih memakai lampin pakai buang, biarkan dia hanya berlampin sahaja sepanjang di rumah. Ini bagi mengelakkan badannya cepat berpeluh jika anda memakaikan dia pakaian. Badan yang berpeluh dan panas akan menyebabkan anak mudah gatal.

8.Minum banyak air masak

Anak anda mungkin tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.

9. Kerapkan sesi penyusuan susu ibu

Bayi berusia enam bulan ke bawah tidak boleh diberi makanan lain selain susu ibu. Tetapi ibu yang menyusukan anak boleh minum atau makan makanan yang berkhasiat. Jadi, kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Begitu juga jika anak anda masih menyusu susu ibu walaupun dia sudah mula makan makanan pejal.

10. Banyak bersabar

Anak anda akan banyak merengek, menangis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar dan marahkannya. Dia terlalu kecil untuk menahan kesakitan yang dialami. Jika orang tua yang kena chickenpox pun boleh merintih kesakitan, apatah lagi anak kecil yang tidak faham apa-apa lagi. Layanlah kerenah dan kemahuannya, banyakkan memeluk dan memberi perhatian kepada anak.

11. Elak makanan laut

Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chickenpox. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Elak makan makanan laut.

12. Vitamin E hilangan parut

Selepas anak sembuh daripada chickenpox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Tentu anda susah hati melihat parut tersebut. Anda boleh cuba menggunakan kapsul Vitamin E dengan cara mengeluarkan cairan kapsul itu dan lumurkan pada parut anak anda.Minyak tea tree juga dikatakan boleh membantu menghilangkan parut.

13. Banyakkan berdoa

Sebagai seorang muslim, doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi musibah. Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.

Antara doa yang boleh diamalkan iaitu membaca Surah Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan Surah Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula dengan "Lau an zalna"). Semoga Allah memakbulkan doa hamba-Nya untuk kesembuhan penyakit.

SEMOGA BERMANFAAT,JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!


Thursday, November 24, 2016

PUNCAH DAN GEJALA FIBROID YANG WAJIB KITA KETAHUI


Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim dan ia sangat berkait dengan rahim khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa, bahagian tengah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid.  Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Fibroid juga mengganggu kesuburan seseorang wanita itu untuk hamil atau mendapat cahayamata.

Kebiasaannya fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini kita panggil “darah kotor” tapi dari segi sains ia bukan lah bermaksud darah itu kotor tapi kitaran haid yang tidak baik. Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung
Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti. Fibroid tidak boleh dirasa begitu sahaja seperti demam atau selsema. Ia memerlukan pemeriksaan lanjut oleh para doktor atau bidan


Punca Dan Gejala Fibroid :
Biasanya fibroid tidak mempunyai gejala. Jika ada pun ramai wanita tidak menyedarinya. Lebih 80% wanita sukar mengesan kehadiran fabroid sehingga lah mereka sedar dan kaji bahawa:
1. Mengalami senggugut yang teruk
2. Pendarahan di antara waktu haid
3. Rasa senak di bahagian bawah abdomen (tekanan pelvik)
4. Kesakitan ketika mengadakan hubungan seks
5. Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang        
6. Masalah sistem peranakkan seperti ketidaksuburan,

kerap keguguran dan berlaku anak tidak cukup bulan ketika hamil


Langkah Berjaga-Jaga Dan Cara Mengatasinya :
1. Haruslah tahu tentang sejarah keluarga dan mengenali penyakit seperti kencing manis dll
2. Berwaspada dan ambil tindakan segera jika haid tidak menentu atau berpanjangan
3. Elak ambil lebihan gula, minyak dan lemak
4. Jauhi makanan seperti jajan atau makanan segera (fast foods)
5. Jangan minum atau panaskan makanan yang ada di dalam bekas plastik, Kerana ia mengandungi
    bahan yang boleh meningkatkan xenoestrogen (kaitan hormon)
6. Jauhi makanan dalam tin
7. Beralih kepada pengunaan bahan-bahan organik seperti sayuran, buahan, shampu, sabun dll
8. Buat rawatan ujian darah dan paras hormon
9. Amalkan hidup sihat dan sentiasa bersenam untuk mengelak kegemukkan serta lebihan lemak

Wanita perlu peka dengan keadaan tubuh sendiri kerana ada kalanya fibroid tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jangan pandang ringan pemeriksaan kesihatan. Secara umumnya, fibroid tidak menyebabkan masalah atau memerlukan pembedahan jika ia dikesan di peringkat awal. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung kerana fibroid tidak mengganggu kehamilan, tetapi menjejaskan kesuburan. Walaubagaimana pun, lebih kurang lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim. punca fibroid tidak diketahui dengan jelas. tetapi pakar sains berpendapat ia mempunyai banyak kaitan termasuk faktor genetik, hormon dalam alam persekitaran. Ketahui lah tentangnya dan sayangilah diri anda


SEMOGA BERMANFAAT,JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

ADAKAH ANDA TAHU IA ADALAH BERBAHAYA JIKA MENCABU GIGI KETIKA HAMIL.

Sakit gigi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Gigi akan sakit pasti sangat mengganggu dan menyebabkan rasa ketidakselesaan. Bahkan jika ia gagal untuk menyembuhkan sakit gigi yang maka sudah tentu menjadi aktiviti harian terganggu. Makan, bercakap dan walaupun kerja amat terjejas disebabkan oleh sakit gigi. Selain itu, jika sakit gigi yang disebabkan apabila anda berada hamil. Keadaan ini adalah sangat membimbangkan selesa hidup kehamilan.


Penghidap sakit gigi biasanya menjadi lebih sensitif supaya ia akan menjadi sangat menjengkelkan apabila ia mendengar bunyi bising. Penghidap sakit gigi cenderung memilih untuk sendiri dalam keadaan tenang. Memandangkan gejala-gejala yang agak excruciating maka sakit gigi itu tidak boleh dianggap perkara remeh-temeh dan harus dijaga dengan baik.


Faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya sakit gigi amat, satu yang bengkak gusi dan rongga. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang berlaku secara berulang-ulang jika tidaksegera yang dirawat. Apabila sakit gigi yang boleh berulang supaya pada peringkat ini inilah produktiviti dalam penghidap sakit gigi akan berkurangan.


Kesakitan yang amat sangat bergitu memang benar kewujudan membuatkan penghidap daripada sakit gigi menjadi jengkel. Biasanya salah satu penyelesaian untuk mengatasinya adalah untuk tarik gigi. Kaedah ini dianggap amat berkesan untuk mencegah sakit gigi jadi tidak untuk berulang lagi di kemudian hari. Dengan ini kaedah gigi rosak boleh ditarik balik dan dihapuskan.


Walau bagaimanapun kaedah tweeze gigi tidak boleh dilakukan sahaja dan berhati-hati. Selain itu, jika pesakit mengalami kesakitan memuncak. Kaedah tweeze gigi hendaklah dibuat pada masa yang gigi akan baik bentuk adalah baik atau tidak sakit. Cabut gigi di waktu sakit bukanlah sangat berisiko dan disyorkan.

Jangan putuskan sambungan Gear yang berbahaya untuk wanita hamil?



Cabut gigi memang pula menjadi salah satu penyelesaian yang betul untuk mengelakkan berulang pada masa akan datang. Tetapi bagaimana pula dengan wanita hamil? Adakah ia dibenarkan tarik gigi semasa mengandung? Apakah kaedah yang selamat? Ini pasti mesti menjadi satu kajian yang lebih banyak untuk mengelakkan kesan memudaratkan wanita hamil kerana tarik gigi.


Sakit gigi di ibu-ibu mengandung pasti akan menjadi salah satu masalah yang sering berlaku. Sakit gigi adalah biasanya lebih cenderung berlaku pada trimester kedua dan ketiga kehamilan. Keadaan ini berlaku kerana perubahan hormon di kalangan wanita hamil. Perubahan hormon yang dicetuskan oleh bakteria yang masuk ke dalam badan melalui mulut. Aduan ini muncul dalam pelbagai keadaan seperti rongga, bengkak gusi dan sakit gigi adalah juga biasa.


Keadaan gigi yang bermasalah memerlukan pengendalian perubatan sesuai untuk mengelakkan keadaan yang lebih teruk. Tetapi biasanya keadaan sedang hamil akan menghadkan tindakan tarik gigi kerana ia dianggap sangat berbahaya bagi Kesihatan ibu dan janin juga akan hamikl di dalam rahim.


Mengapa dikatakan menjadi berbahaya? Ini adalah kerana tindakan tarik gigi boleh menjejaskan saluran darah wanita hamil yang mengakibatkan bermulanya kontraksi pada rahim. Jika pengecutan berlaku sebelum masa maka lhal ini berisiko terhadap keguguran, pecah awal janin dan amniotic dilahirkan pramatang.


Ia boleh dibuat kesimpulan bahawa tarik gigi hamil wanita adalah sangat tidak digalakkan. Tindakan ini boleh mencetuskan satu risiko yang besar untuk kehamilan. Sekiranya seorang ibu hamil maka harus memberi penawar sakit gigi anti ubat-ubatan sakit dan sakit gigi adalah selamat, kata perubatan. Tetapi jika ia ternyata bahawa gigi reput menyebabkan kesakitan berterusan maka ini akan menjadi pertimbangan dalam mengambil tindakan perubatan. Mungkin berguna.

SEMOGA BERMANFAAT,JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

Wednesday, November 23, 2016

BERI AMARAN KEPADA 5 MAKANAN SEKELILING ANDA YANG MENGANDUNGI GULA YANG TINGGI!



Kebanyakan orang berasa takut apabila banyak makan lemak, kerana mereka sedar bahawa terlalu banyak lemak boleh menjadi baik untuk badan. Walau bagaimanapun, anda bukan sahaja perlu prihatin dengan makanan berlemak tetapi anda juga perlu memberi perhatian kepada makanan yang mengandungi banyak gula.


Kerana ternyata bahawa berdasarkan pelbagai kajian telah mengatakan bahawa tahap gula tinggi yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini, faktor-faktor yang terdiri daripada obesiti, kencing manis, kanser.


Tapi masalahnya ialah bahawa kita telah menjadi biasa makan gula sejak zaman kanak-kanak, jadi ia adalah sukar untuk memisahkan. Di samping itu, banyak pengeluar makanan dan minuman mengeluarkan produk-produk yang mengandungi gula yang tinggi. Jadi anda mengelakkan pelbagai penyakit akibat pengambilan terlalu banyak gula untuk mengenal pasti pelbagai jenis makanan dengan kadar gula yang tinggi sekitar anda. Seperti di bawah!





1. pemanis gula zarah, cecair, atau lain-lain

Sudah tentu cecair gula atau gula zarah adalah makanan yang manis. Tetapi jangan hanya memberi perhatian kepada gula. Pemanis tiruan juga mengandungi gula yang tinggi seperti gula perang mengandungi 97% gula. Madu mengandungi gula sebanyak 82%, sirap 75%. Jika terpaksa memilih pemanis semulajadi yang, kemudian pilih tebu yang mempunyai tahap 55% gula.



2. minum soda bungkus dan minuman

Sachet minuman biasanya mengandungi kadar gula yang tinggi yang boleh walaupun sampai 94%. Fizzy minuman biasanya mengandungi kira-kira 38 gram gula dalam setiap liter 0.3.



3. gula-gula dan nougat

Nougat gula mengandungi kira-kira 83%. Gula-gula buah-buahan boleh mempunyai tahap sehingga 81%, manakala getah dan gula-gula keras mempunyai paras gula sekitar 63%.



4. kek, biskut dan pai

Gula merupakan bahan mentah penting dalam membuat kek. Di antara waktu makan, kuih serabi ini mengandungi 71% gula, yang menjadikan ia salah satu makanan dengan tahap gula yang paling tinggi dalam kelasnya. Kek purata mempunyai paras gula sehingga 63%.


5. Aiskrim dan susu kocak

Makanan yang baik ini juga mengandungi banyak gula, iaitu kira-kira 26%, di mana dalam setengah sudu Aiskrim Aiskrim mengandungi 14 gram gula di dalamnya. Sementara itu, susu kocak mengandungi gula 23%, di mana dalam setiap liter 0.5 milkshake mengandungi 84 gram gula.


Selain daripada makanan yang telah disebut di atas sebenarnya masih ada juga pelbagai makana lain mengandungi gula, oleh itu berusaha untuk sentiasa menyemak label untuk mengetahui kandungan gula dalam minuman atau makanan yang anda makan. Ingat lebih banyak makanan yang mengandungi gula yang anda makan maka tahap gula dalam badan akan turut meningkat.

SEMOGA BERMANFAAT,JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

CARA BERKESAN MENANGANI PUNCA BAYI YANG BARU LAHIR BAYI KUNING

Jaundis boleh menyerang bayi yang baru lahir. Tanda-tanda bayi kuning iaitu kulit dan bahagian putih mata berwarna kuning sedikit. Keadaan ini adalah secara amnya tidak berbahaya dan biasanya dapat dipulihkan dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh membahayakan manja itu. Kemudian memahami perbezaan tanda-tanda budi.


Bayi kuning, mengenal pasti dan berhati-hati


Pigmen yang dipanggil bilirubin merupakan punca faktor bayi kuning (Jaundis) yang perlu Ketahui dan berhati-hati. Sebenarnya, setiap orang mempunyai bilirubin di dalam sel-sel darah merah. Setiap tempoh tertentu darah merah, sel-sel akan mati dan yang menggariskan di mana sel-sel mereka menjadi bilirubin. Biasanya bertanggungjawab mengupas dengan lebih lanjut bilirubin ini adalah menakjubkan, untuk kemudian dibuang melalui Bab. Ketika bayi itu masih di dalam rahim, ibu yang mengambil tugas menggariskan bilirubin di dalam sel-sel darah merah bayi. Apabila bayi dilahirkan, hatinya pembangunan rudimentary jadi belum mampu untuk melaksanakan fungsinya dengan betul. Menyebabkan satu pembentukan bilirubin yang kemudian menyebabkan bermulanya warna kuning pada kulit bayi.



Lain kerana ketidak-sesuaian jenis darah ibu dan bayi. Tahap bilirubin yang tinggi mungkin disebabkan oleh pembentukan lebihan atau kewujudan gangguan Nya.

Demam kuning pada bayi yang baru lahir itu boleh menjadi satu bentuk fisiologi dan patologik. Itulah patologik yang dikenali sebagai hiperbilirubinemia yang boleh mengakibatkan gangguan saraf pusat atau kematian.
Setakat ini masih masalah demam kuning baru lahir, yang berlaku pada kira-kira 25% - 50% bayi yang dilahirkan dalam sebulan dan cukup tinggi pada bayi lahir preterm. Menyemak kehadiran demam kuning pada bayi yang muda boleh dilakukan di rumah dan pada masa Lawatan neonatal. Untuk pemeriksaan oleh tanda-tanda kuning di dalam rumah adalah untuk membawa bayi ke dalam tempat yang mempunyai penjelasan yang jelas atau dengan lampu kalimantang. Apabila kulit bayi milik putih, klik jari-jari anda dengan perlahan-perlahan-lahan ke dahi, dada, sawit dan tapak kaki. Kemudian menaikkan tangan anda dan notis adalah corak warna kuning bahagian badan bayi menekan. Apabila kulit bayi dikategorikan sebagai hitam, sudah pasti boleh dapat dikaji pada gusi atau bahagian bahagian mata yang putih. Ketika pemeriksaan di klinik, doktor akan memeriksa kesihatan kanak-kanak itu. Tahap bilirubin pada gerakan sendiri baru pada hari 3 atau 5 selepas kelahiran. Jadi sama ada tahap bilirubin bayi anda adalah normal atau tidak, baru ambil perhatian 3 atau 5 hari. Untuk mengetahui, perlu dilakukan dalam peperiksaan. Bayi akan mengambil sedikit darah, biasanya di hujung jari kaki, kemudian dikaji dan dikaji di dalam makmal.

Ia adalah sangat penting untuk mengetahui Bilakah Jaundis timbul, apabila akan hilang dan bahagian-bahagian badan di mana kelihatan berwarna kuning. Tiga perkara mesti boleh dikenali dengan apa-apa kepastian untuk mengelaskan demam kuning dengan betul. Dalam kes ketidakserasian darah ibu dan bayi, demam kuning telah berlaku sebelum umur 3 hari.

Klasifikasi demam kuning

Untuk mengklasifikasikan ia seperti yang dilihat dari gejala adalah:
Jaundis fisiologi (ringan)
  • Kuning telah berlaku pada usia 24 jam sehingga > < 14 hari
  • Tidak sehingga kuning sawit/tapak

Fisiologi Jaundis tidak berbahaya, bayi kering pengendalian setiap Pagi antara jam 7 pagi hingga 9 pagi selama 30-satu jam. Meningkatkan kekerapan penyusuan, sekurang-kurangnya 8 - 12 kali sehari. Jika merasa cukup untuk jururawat Nya, harus melihat sama ada bayi benar-benar menghisap atau hanya mengempeng sahaja. Apabila ia dirasai terdapat masalah dalam penyusuan susu ibu dengan serta-merta melakukan perundingan di klinik laktasi yang terdekat dengan anda. Bilakah gejala-gejala masih dilihat sehingga 14 hari > segera periksa dengan doktor anda.

Patologi Jaundis (berat)


  • Kuning telah berlaku pada hari pertama (< 24 jam) selepas kelahiran, atau
  • Kuning yang ditemui di usia lebih daripada 14 hari, atau
  • Kuning untuk sawit/tapak, atau
  • Najis berwarna pucat
Jika tidak segera dirawat, tahap bilirubin terus meningkat supaya ia boleh meracun otak, kerosakan saraf yang boleh menyebabkan Kurang Upaya seperti pekak, lumpuh atau proteinnya serebrum atau boleh juga menyebabkan kematian. Jika anda mengalami sebarang daripada gejala-gejala yang disebutkan di atas dengan serta-merta memeriksa bayi anda ke doktor.


Kenapa bayi kuning boleh berlaku?

Hal ini terjadi kerana akar umbi yang mempunyai lebihan bilirubin (elemen kuning) di dalam darah. Bayi yang baru lahir mempunyai tahap yang tinggi sel-sel darah, jadi ia mencetuskan penghasilan bilirubin. Bilirubin itu sendiri terbentuk apabila sel-sel darah merah dimusnahkan lama.

Bayi sebenarnya pernah bilirubin yang sejak dia di dalam rahim. Lagi di dalam rahim, tubuh secretes bilirubin untuk bayi melalui plasenta. Selepas kelahiran bayi itu tidak boleh melakukan demikian kerana organ hati yang mundur bayi dengan sempurna. Ini menghalang proses pelupusan bilirubin yang harus ditolak keluar semasa membuang air kecil dan besar. Keadaan ini dikenali sebagai Jaundis fisiologi. Bayi anda akan mula yellowing kira-kira 24 jam selepas kelahiran dan akan semakin merosot selepas empat hari, selepas itu kembali menjadi lebih baik apabila dia adalah sekitar seminggu.

Walau bagaimanapun, walaupun lebih banyak kuning jarang berlaku, bayi juga boleh disebabkan oleh:

  • Jangkitan dalam darah bayi.
  • Jangkitan virus atau bakteria.
  • Pendarahan dalaman.
  • Kerosakan hati.
  • Kekurangan enzim ini.
  • Bayi sel darah merah yang tidak normal begitu mudah pecah.
  • Jenis darah status misfit resus ibu dan bayi
  • Terdapat masalah pada sistem penghadaman bayi.
Bayi yang telah terdedah kepada Jaundis berisiko antara lain bayi yang dilahirkan pramatang (lahir sebelum 37 minggu), bayi yang dilahirkan dalam keadaan yang lebam dan kesukaran makan susu bayi.

Jika Bilirubin yang terlalu tinggi

Paras bilirubin yang terlalu tinggi dalam darah kecil satu boleh menembusi ke dalam otak dan menjadi toksik kepada sel-sel otak. Keadaan ini dipanggil bilirubin encephalopathy akut.

Berikut adalah simptom yang muncul:

  1. Demam.
  2. Muntah-muntah.
  3. Keupayaan disedut sehingga lapuk.
  4. Lesu.
  5. Sukar untuk bangun.
  6. Leher dan badan adalah lengkungkan ke belakang
  7. Mengupas lebih banyak berwarna kuning.
  8. Selalunya susah dan Resah.
Jika bayi anda adalah mendedahkan tanda-tanda di atas, hubungi doktor anda dengan serta-merta supaya satu sedikit mendapat awal pengendalian dan untuk mengelakkan kerosakan kekal kepada otak atau kernicterus.




Apa yang boleh anda lakukan?

Selain daripada pengendalian perubatan dengan fototerapi, anda juga boleh mengelakkan peningkatan bilirubin melalui memberinya pengambilan mencukupi. Pengambilan boleh membantu bayi mengeluarkan bahan bilirubin di dalam badan. Anda boleh Perawat dia dengan susu sebanyak 8 ke 12 kali setiap 24 jam. Atau jika anda memberikan susu Formula, pastikan anda memberi ia patut masa yang ditetapkan. Biasanya susu formula yang diberikan kira-kira 6 hingga 10 botol setiap 24 jam.

Anda juga harus lebih banyak tambahan yang melihat. Memeriksa keadaan bahagian putih eyeball di atau kulit Nya dua kali sehari untuk melihat jika ia telah kembali normal atau tumbuh lebih teruk.

Elakkan bayi kuning yang mengatasi dengan menjemurnya di bawah matahari. Pengendalian terbaik hanya boleh diperolehi di hospital. Jika tiga hari selepas yang dilahirkan dia kulit lebih kuning, segera hubungi doktor.


SEMOGA BERMANFAAT,JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

Monday, November 21, 2016

BAGAIMANA SESAK NAFAS BOLEH TERJADI




Sesak nafas adalah apabila kita merasakan sukar untuk bernafas seperti biasa. Selalunya perkara ini terjadi ketika kita melakukan pergerakkan yang pantas dan dalam keadaan kelam kabut. Sesak nafas adalah suatu gejala dari beberapa penyakit yang dapat bersifat kronik. Sesak nafas juga dikenal dengan istilah “Shortness Of Breath”. Kejadian-kejadian sesak nafas bergantung dari tingkat keparahan dan sebabnya.

Sesak nafas juga dikenali sebagai Dyspnea. Seseorang yang terkena sesak nafas akan merasa tidak selesa ketika bernafas atau melakukan kerja-kerja harian, kerana ini menyulitkan untuk mereka mengerakkan otot dada, merasa tercekik dan merasa kejang otot di dada. Bila berlakunya keadaan ini, seseorang itu akan mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.


Ada dua jenis sesak nafas iaitu :

a) Sesak nafas boleh berlaku secara akut - Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan akan hilang dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan


b) Sesak nafas berlaku secara kronik - Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang agak lama


Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular. Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru. Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan.





Gejala dan Tanda-Tanda Sesak Nafas :





1) Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru )

2) Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit

3) Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD)

4) Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berka ita n pekerjaan (Occupational Lung Diseases)

5) Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure)

6) Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya b ila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia

7) Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hypervent ila tion (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi)

8) Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan keh ila ngan berat badan,anda mungkin menghidapi jangk ita n seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism

9) Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangk ita n saluran pernafasan (bronchitis) atau jangk ita n paru-paru (pneumonia).





Ada Beberapa Rawatan Sesak Nafas :


Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pesakit di rumah untuk mengurangkan kesesakan nafas

1) Mengamalkan latihan pernafasan yang diajar oleh doktor iaitu bernafas secara perlahan-lahan dan dalam sehingga ke bahagian abdomen

2) Latihan relaksasi

3) Duduk tegak di atas kerusi yang bersandar jika sesak nafas berlaku

Jika sesak nafas ini tidak pulih atau berkurangan, pastikan pesakit mendapat rawatan perubatan dengan segera.


Pencegahan sesak Nafas :

1) Kesesakan pernafasan yang akut biasanya pulih bila kita merawat punca penyebabnya

2) Kesesakan pernafasan yang berkaitan dengan penyakit kronik seperti penyakit paru-paru kronik (COPD) atau kegagalan jantung (CHF) biasanya akan menyebabkan fungsi pernafasan terganggu, jika bertambah teruk boleh membawa kematian

3) Program berhenti merokok perlu disarankan kepada individu yang merokok

4) Sentiasa membuat senaman fizikal

5) Elakkan dari terkena udara yang tercemar seperti asap kenderaan

6) Amalkan petua-petua tradisional seperti minum air cengkeh yang dicampur madu atau minum air madu panas

APA YANG DIKATAKAN SAKIT TEKAK



ADAKAH ANDA MEMPUNYAI SAKIT TEKAK?
SAKIT TEKAK adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis. Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak. 


Biasanya sakit tekak lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya. Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak. Ia disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.



Punca Sakit Tekak Adalah :

1) Jangkitan bakteria – disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikas
demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah
pinggang

2) Jangkitan virus – kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai
jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari,
bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang
menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.


3) Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus
Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).


4) Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak
kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa
selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh
menyebabkan masalah sakit tekak.



Sakit tekak yang biasa kita dengar adalah tonsil. Bukan sahaja orang dewasa yang dapat penyakit ini malah kanak-kanak juga banyak yang mengalaminya. Tekak kita akan menjadi perit atau pedih jika menelan makanan/minum. Ini akan menyukarkan kehidupan kita seharian. Jika berlarutan, maka segeralah berjumpa doktor. Doktor akan memeriksa tonsil dan belakang kerongkong untuk melihat tanda jangkitan seperti kemerahan atau nanah.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, tonsil yang bengkak boleh menghalang laluan udara dan menyukarkan pernafasan. Ini akan menyebabkan apnea tidur (kerap terjaga ketika tidur) dan beberapa masalah kesihatan lain. Malah, jika tidak rawat tonsilitis juga boleh mengakibatkan pengumpulan nanah di antara tonsil dan tisu lembut di sekelilingnya (lelangit lembut). Nanah ini boleh merebak memasuki salur darah, ke leher atau dada; bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku. Sesetengah jenis bakteria Streptokokal menyebabkan tonsilitis mengakibatkan keradangan buah pinggang (nefritis) atau demam reumatik iaitu keadaan serius yang memberi kesan buruk kepada jantung, sendi, sistem saraf dan kulit.




Antara gejala tonsilitis ialah :

- Tekak bengkak dan merah

- Ada tompokan putih pada tonsil

- Sakit tonsil

- Sukar atau sakit untuk menelan

- Sakit kepala

- Demam dan menggigil

- Nodus limfa (pada rahang dan tengkuk) membengkak

- Hilang suara

- Sakit perut

- Mulut berbau






Kita Hendaklah Sentiasa Amalkan :

- Kerap minum air suam

- Kerap berkumur-kumur dengan air garam

- Elakkan minuman yang bergas/bewarna

- Banyakkan makan buah-buahan terutama yang mengandungi vitaamin c

- Gunakan ubat kumur untuk tekak (lozenges)


Rajinlah amalkan petua-petua kita seperti :

a)makan madu

b)bancuh secawan teh dengan campuran sedikit kulit kayu manis

c)minum air kembang semaangkuk

d)minum air asam jawa

e)ambil sesudu kicap & dicampurkan dengan limau nipis

Friday, November 18, 2016

AWAS!!! JIKA ANDA KERAP KENCING?



Masalah pundi kencing meragam jarang berlaku dan simptomnya tidak sama untuk dibandingkan dengan mana-mana individu. Jadi pengalaman anda membuang air kecil sebanyak lima kali dalam satu jam tidak boleh digunakan sebagai ukuran. Jika anda kerap kencing jangan biarkan. Cepatlah buat pemeriksaan doktor.





Anda perlu tahu, pundi kencing kita mampu menyimpan satu liter air kencing dalam satu-satu masa. Kita jarang menggunakan daya pundi kencing dan kita hanya buang air kecil apabila terasa untuk melakukannya.

Jika kita melambatkan pembuangan air kecil, pundi kencing masih mampu menahannya tetapi ia akan membuatkan pundi kencing tidak kempis sehabis-habisnya ketika kita membuang air kecil.

Kerap kencing yang LOL maksudkan ialah apabila anda sudah membuang air kecil, kita akan terasa seperti hendak membuang air kecil kembali walaupun ia baru saja dilakukan.



Kerap Kencing Adalah Irritable Bladder Syndrome.

Situasi kerap kencing ini juga dikenali sebagai ‘Irritable Bladder Syndrome’ iaitu penghasilan air kencing dalam kawalan hormon Vasopressin. Apabila hormon ini keluar daripada otak, air diserap ke dalam ginjal. Jika hormon itu tidak keluar, air kencing menjadi lebih banyak seperti biasa. Inilah yang mengibatkan anda kerap kencing.
 




Cara Kawal Kerap Kencing?

Dalam situasi ini anda harus juga tahu makanan apa yang boleh dimakan. Anda harus juga mengelak memakan makanan tertentu seperti tembikai atau meminum air sejuk yang akan membuatkan anda terasa ingin membuang air kecil. anda harus juga

Sebenarnya, kita boleh meningkatkan daya kandungan pundi kencing dengan melewatkan buang air kecil secara beransur-ansur.

Jika kebetulan kita mengalami keradangan pundi kencing disebabkan serangan kuman, ia juga boleh membuatkan pundi kencing meragam.

Apabila keradangan berkurangan atau terkawal serta kandungan kuman menjadi rendah dan tidak menyerang pundi kencing, keadaan akan menjadi pulih.

Anda boleh menjalani ujian air kencing untuk kepastian mengenai keadaan pundi kencing.

Jika normal, kemungkinan anda menghidap pundi kencing yang meragam dan anda boleh ikut saranan yang saya jelaskan pada awal tadi atau mengikut nasihat doktor.






SEMOGA BERMANFAAT,JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!


Wednesday, November 16, 2016

6 PENAWAR SEGERA UNTUK SAKIT GASTRIK YANG TERUK



Sakit gastrik ini sangat azab pada siapa yang kena. Lebih kurang macam sakit sengugut, ada yang sampai kena masuk wad disebabkan menderita sakit gastrik ini.6 penawar sakit gastrik.






1.Air
*Penawar yang paling mudah, air akan mencairkan kepekatan asid dalam perut sehingga stabil. Cukupkan pengambilan air setiap hari agar dapat mengurangkan episod azab menderita sakit gastrik ini.Pada masa sama, elakkan minuman berkafein, apa lagi air yang bergas kerana karbon dioksida tu lah yang akan mengeruhkan keadaan di perut tu.
 

2.Air kelapa
*Sebagai pemulih tambahan, boleh juga try minum air kelapa (yang asli suci murni tu). Manis semulajadi, ia juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk pulihkan keadaan perut akibat sakit gastrik ni.
 
3.Halia
*Mengandungi anti-inflamasi dan anti-bakterial yang merawat jankitan kuman dan bakteria dalam perut tu, malah mengurangkan simptom gastrik cam sakit perut, loya, dan poot poot kentut .
 

4.Kunyit
*Satu lagi personal favorite Shai. Serbuk kuning ni mengandungi bahan dipanggil curcumin yang bersifatanti-bakteria dan juga merawat inflamasi yang legakan keperitan dan rasa terseksa gastrik.
 
5.Yogurt
*Bahan makanan yang bagus untuk perut kerana kandungan probiotik melawan bakter H.pyolri dalam perut (benda alah tu lah yang buat sakit gastrik itu) serta melindungi tisu perut dari dirosakkan bakteria tersebut.
 
6.Jus perahan kentang
*Boleh cuba ni, jus potato ini bersifat antacid dan beralkali (anti asid) dan berupaya untuk memulih kecederaan yang berlaku akibat sakit gastrik yang pedih, serta stabilkan kembali kandungan asid yang sedia ada dalam perut.







JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!



Monday, November 14, 2016

2 ASPEK YANG PENTING BAGI KESIHATAN KANAK-KANAK

 

 

 

1. Pengambilan Makanan Berkhasiat

Apapun kanak-kanak perlu jadikan makanan berkhasiat sebagai makanan utama mereka, jangan kerap sangat makan makanan ringan atau jajan. Dalam tips nak sedarkan anak-anak tentang makanan yang sihat, ada beberapa tips yang bagus .

  1. Mencari Maklumat yang Bagus - penting untuk ibu bapa mencari maklumat permakanan yang bagus, supaya anak-anak dapat sumber khasiat dan membesar dengan sihat. Di sini boleh ajar mereka jenis makanan yang bagus, contoh lobak bagus untuk mata.

  2. Menjadi Contoh Yang Baik - kalau nak suruh anak makan sayur, si ibu atau ayah kenalah rajin makan sayur, sambil tu cerita sedikit kenapa sayur itu penting, ibu bapa memang menjadi role model kepada anak-anak, mereka ini cepat belajar dan mengikut tanpa disuruh.

  3. Menetapkan Peraturan Makan - antara faktor penting ialah kena ada peraturan makan yang khusus. Kena tegas, contoh tak boleh nak tengok game atau ipad masa makan, kena makan bersama, dan jadual makan yang teratur, supaya kanak-kanak boleh fokus kepada aktiviti lain pula.

  4. Membekalkan Makanan Tambahan - walaupun makanan yang dipilih bagus untuk kesihatan, tapi jangan lupa, untuk mengambil makanan tambahan, untuk mencukupkan keperluan nutrisi bagi kanak-kanak tersebut. Selain, ianya bagus untuk imunisasi, pembelajaran dan ketahanan badan kanak-kanak itu. 

  5. Kurangkan JAJAN - sebenarnya kalau boleh jangan bagi kanak-kanak makan. Tapi zaman sekarang, kita tak boleh lari dari makanan begini, jadi sebab itu, ibu bapa perlu bertegas, dan sambil itu juga memberi sedikit kelonggaran. 



2. Wajibkan Aktiviti Fizikal

Selain dari makanan yang sihat, kanak-kanak seharusnya keluar dari rumah, dan mencari aktiviti yang sesuai dengan minat mereka. Biarkan mereka berlari-lari,bermain bola atau berbasikal. Antara faedah aktiviti fizikal ini ialah:

  1. Emosi - Membantu anak-anak merasa lebih percaya diri, gembira, santai, meningkatkan harga diri dan konsep kendiri, rasa memiliki, kemampuan untuk tidur yang lebih baik, ekspresi diri dan peluang untuk mencapai sesuatu.
  2. Fizikal - Menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan perkembangan tubuh anak-anak, termasuk rasa lebih bertenaga, mengembangkan koordinasi dan kawalan pergerakan dan mengekalkan berat badan yang sihat.
  3. Mental - Meningkatkan kemahiran tumpuan dan keupayaan untuk menguruskan kebimbangan dan tekanan. 
  4. Sosial - Mengembangkan kemahiran seperti kerjasama dan kerja berpasukan, dan merupakan cara terbaik untuk berseronok, bertemu orang baru dan mengembangkan persahabatan dan integrasi.
  5. Pembelajaran  - Anak aktif umumnya lebih bermotivasi dan lebih teratur berbanding kanak-kanak yang tidak aktif. Aktiviti fizikal mempunyai hubungan langsung dengan hasil pembelajaran yang baik.
  6. Sikap - Pelajar aktif umumnya kurang agresif dan mengalami masalah disiplin yang lebih sedikit. Kanak-kanak yang aktif adalah kurang berkemungkinan untuk merokok, menggunakan dadah atau terlibat dalam kegiatan jenayah. 




JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!