Total Pageviews

Thursday, November 24, 2016

PUNCAH DAN GEJALA FIBROID YANG WAJIB KITA KETAHUI


Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim dan ia sangat berkait dengan rahim khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa, bahagian tengah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid.  Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Fibroid juga mengganggu kesuburan seseorang wanita itu untuk hamil atau mendapat cahayamata.

Kebiasaannya fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini kita panggil “darah kotor” tapi dari segi sains ia bukan lah bermaksud darah itu kotor tapi kitaran haid yang tidak baik. Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung
Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti. Fibroid tidak boleh dirasa begitu sahaja seperti demam atau selsema. Ia memerlukan pemeriksaan lanjut oleh para doktor atau bidan


Punca Dan Gejala Fibroid :
Biasanya fibroid tidak mempunyai gejala. Jika ada pun ramai wanita tidak menyedarinya. Lebih 80% wanita sukar mengesan kehadiran fabroid sehingga lah mereka sedar dan kaji bahawa:
1. Mengalami senggugut yang teruk
2. Pendarahan di antara waktu haid
3. Rasa senak di bahagian bawah abdomen (tekanan pelvik)
4. Kesakitan ketika mengadakan hubungan seks
5. Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang        
6. Masalah sistem peranakkan seperti ketidaksuburan,

kerap keguguran dan berlaku anak tidak cukup bulan ketika hamil


Langkah Berjaga-Jaga Dan Cara Mengatasinya :
1. Haruslah tahu tentang sejarah keluarga dan mengenali penyakit seperti kencing manis dll
2. Berwaspada dan ambil tindakan segera jika haid tidak menentu atau berpanjangan
3. Elak ambil lebihan gula, minyak dan lemak
4. Jauhi makanan seperti jajan atau makanan segera (fast foods)
5. Jangan minum atau panaskan makanan yang ada di dalam bekas plastik, Kerana ia mengandungi
    bahan yang boleh meningkatkan xenoestrogen (kaitan hormon)
6. Jauhi makanan dalam tin
7. Beralih kepada pengunaan bahan-bahan organik seperti sayuran, buahan, shampu, sabun dll
8. Buat rawatan ujian darah dan paras hormon
9. Amalkan hidup sihat dan sentiasa bersenam untuk mengelak kegemukkan serta lebihan lemak

Wanita perlu peka dengan keadaan tubuh sendiri kerana ada kalanya fibroid tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jangan pandang ringan pemeriksaan kesihatan. Secara umumnya, fibroid tidak menyebabkan masalah atau memerlukan pembedahan jika ia dikesan di peringkat awal. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung kerana fibroid tidak mengganggu kehamilan, tetapi menjejaskan kesuburan. Walaubagaimana pun, lebih kurang lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim. punca fibroid tidak diketahui dengan jelas. tetapi pakar sains berpendapat ia mempunyai banyak kaitan termasuk faktor genetik, hormon dalam alam persekitaran. Ketahui lah tentangnya dan sayangilah diri anda


SEMOGA BERMANFAAT,JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!