Total Pageviews

Friday, November 18, 2016

AWAS!!! JIKA ANDA KERAP KENCING?



Masalah pundi kencing meragam jarang berlaku dan simptomnya tidak sama untuk dibandingkan dengan mana-mana individu. Jadi pengalaman anda membuang air kecil sebanyak lima kali dalam satu jam tidak boleh digunakan sebagai ukuran. Jika anda kerap kencing jangan biarkan. Cepatlah buat pemeriksaan doktor.





Anda perlu tahu, pundi kencing kita mampu menyimpan satu liter air kencing dalam satu-satu masa. Kita jarang menggunakan daya pundi kencing dan kita hanya buang air kecil apabila terasa untuk melakukannya.

Jika kita melambatkan pembuangan air kecil, pundi kencing masih mampu menahannya tetapi ia akan membuatkan pundi kencing tidak kempis sehabis-habisnya ketika kita membuang air kecil.

Kerap kencing yang LOL maksudkan ialah apabila anda sudah membuang air kecil, kita akan terasa seperti hendak membuang air kecil kembali walaupun ia baru saja dilakukan.



Kerap Kencing Adalah Irritable Bladder Syndrome.

Situasi kerap kencing ini juga dikenali sebagai ‘Irritable Bladder Syndrome’ iaitu penghasilan air kencing dalam kawalan hormon Vasopressin. Apabila hormon ini keluar daripada otak, air diserap ke dalam ginjal. Jika hormon itu tidak keluar, air kencing menjadi lebih banyak seperti biasa. Inilah yang mengibatkan anda kerap kencing.
 




Cara Kawal Kerap Kencing?

Dalam situasi ini anda harus juga tahu makanan apa yang boleh dimakan. Anda harus juga mengelak memakan makanan tertentu seperti tembikai atau meminum air sejuk yang akan membuatkan anda terasa ingin membuang air kecil. anda harus juga

Sebenarnya, kita boleh meningkatkan daya kandungan pundi kencing dengan melewatkan buang air kecil secara beransur-ansur.

Jika kebetulan kita mengalami keradangan pundi kencing disebabkan serangan kuman, ia juga boleh membuatkan pundi kencing meragam.

Apabila keradangan berkurangan atau terkawal serta kandungan kuman menjadi rendah dan tidak menyerang pundi kencing, keadaan akan menjadi pulih.

Anda boleh menjalani ujian air kencing untuk kepastian mengenai keadaan pundi kencing.

Jika normal, kemungkinan anda menghidap pundi kencing yang meragam dan anda boleh ikut saranan yang saya jelaskan pada awal tadi atau mengikut nasihat doktor.






SEMOGA BERMANFAAT,JOM LIKE SHARE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!