Total Pageviews

Thursday, March 9, 2017

SELALU SAKIT KEPALA ?MUAL,PEDIH PERUT DAN KERAP SENDAWA ANGIN?ITU PETANDA GASTRIK.



Gastrik atau istilah perubatannya gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau pengalas atau mukosa perut yang mempunyai rawatan efektif.

Puncanya ialah daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H.pylori) yang juga menjadi penyebab utama kepada ulser perut. Oleh itu, janganlah kita memandang remeh pada penyakit gastrik ini walaupun ia baru di peringkat permulaan.Sekiranya ia dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh menghidapi penyakit gastrik kronik dan boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut.

Tanda- tanda penyakit gastrik :


# Kerap sakit kepala di bahagian kanan terutama apabila perut kosong atau belum makan nasi.

# Sakit kepala ini kadang – kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera 

Demam gastrik apabila tidak makan pagi, tengahari atau malam.

# Muntah kadang – kadang bewarna kuning dan ada darah dalam muntah dan darah beku bergumpal.

# Sakit perut dan rasa pedih yang teramat sangat.

# Keluar angin dari mulut seperti sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

# Hilang selera makan.

# Senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut.

# Perut kembung, kerap buang angin (kentut) selepas makan.
Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat.

# Muntah (akibat tolakan gas daripada perut).Berat badan susut.

# Pada peringkat gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan dan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar serta muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.


Cara yang berkesan merawat gastrik ialah pesakit perlu mengubah gaya hidup serta menjaga pemakanan supaya dapat mengelak gastrik kembali menyerang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat.

2. Pastikan apabila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum.

3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

4. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh,minuman bergas dan air limau.

5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan yang mengandungi yis seperti roti, donat, pau, dan pizza.

6. Elakkan makan terlalu kenyang

7. Elakkan cuka, dan makanan yang pedas.

8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, cempedak atau nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

11. Minum susu segar atau susu tepung full cream bukan susu low fat atau susu yang menguatkan tulang pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.





No comments:

Post a Comment