Total Pageviews

Thursday, March 9, 2017

8 TIPS BAGAIMANA HENDAK SIHAT & CANTIK SELALU


Wanita adalah makhluk Allah yang diciptakan dengan segala keindahan dan kesempurnaan.Kecantikan wanita bukan sahaja diukur dari segi luaran,malahan kecantikan dalaman juga.Apabila bercakap mengenai kecantikan,secara langsung ia berkait rapat dengan kesihatan wanita. Kesihatan juga merupakan anugerah yang sangat berharga yang diberikan olehNya kepada manusia. Kerana itu perawatan kesihatan juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang wanita. Setiap wanita yang mendambakan kecantikan dan kesihatan pasti akan berusaha untuk menggapainya bahkan mereka rela berkorban dengan melakukan segalanya demi kepuasan untuk kelihatan cantik,sihat dan menawan.
Terdapat berbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri.
1. Bersenam setiap hari.
Tips bersenam secara berdisiplin:
~  Bersenam sekurang-kurangnya tiga puluh minit sehari
~ Sesekali lakukan kerja rumah tanpa menggunakan mesin
~ Berjalan pantas adalah senaman mudah diamalkan
~ Lakukan pergerakan ringan seperti membasuh pinggan atau sebagainya

2. Tingkatkan sistem penghadaman.
Tips untuk melancarkan sistem penghadaman:
~ Mengambil makanan kaya serat dan buah-buahan seperti oat, brokoli, prun, kekacang dan betik.

3. Selaraskan pH tubuh.
Tips untuk mendapatkan pH badan yang sihat:
~ Mengambil bahan organik yang kaya dengan mineral dan bersifat alkali.

4. Banyakkan meminum air.
Tips tentang pemilihan air minuman:
~ Minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air  yang bersifat alkali, kaya dengan mineral dan bertenaga.
~ Kurangkan pengambilan air yang tinggi kandungan gula pewarna dan berkarbonat.


5. Pengurusan stres.
Tips pengurusan stres:
~ Senyum selalu.
~ Tarik nafas dalam-dalam sekerap mungkin.
~ Lakukan aktiviti berfaedah supaya tidak terlalu memikirkan stres seperti mendengar lagu kegemaran, bersembang-sembang dan melawat tempat yang belum pernah dikunjungi.
~ Kawal minda supaya tidak terlalu emosi akibat stres.

6. Tabiat makan yang baik.
Tips amalan pemakanan yang sihat:
~  Sebaik-baiknya pilihlah makanan organik dan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta perbanyakkan  pengambilan makanan berserat.

7. Jaga jadual tidur.
Tips disiplin diri yang bagus
~  Patuhi jadual tidur dengan tidur sekurang-kurangnya 7 – 8  jam sehari.

8. Kulit yang cantik
Tips untuk memiliki kulit yang cantik dan gebu
~ Makan lebih sayuran dan buah-buahan
~ Pengambilan supplement seperti vitamin C untuk kekal bertenaga dan sihat dan menjadikan kulit juga kelihatan menawan.


No comments:

Post a Comment