Total Pageviews

Wednesday, March 1, 2017

6 PENAWAR SEGERA UNTUK SAKIT GASTRIK YANG TERUK


Sakit gastrik ni sangat azab pada siapa yang kena. Lebih kurang macam sakit sengugut, ada yang sampai kena masuk wad disebabkan menderita sakit gastrik ini. Ini dia, 7 penawar sakit gastrik, terbukti juga untuk yang dah tahap teruk.

6 Penawar Sakit Gastrik yang teruk

1. Air
Penawar yang paling mudah, air akan mencairkan kepekatan asid dalam perut sehingga stabil. Cukupkan pengambilan air setiap hari agar dapat mengurangkan episod azab menderita sakit gastrik ini.
Pada masa sama, elakkan minuman berkafein, apa lagi air yang bergas kerana karbon dioksida tu lah yang akan mengeruhkan keadaan di perut tu. ^^v

2. Air kelapa
Sebagai pemulih tambahan, boleh juga try minum air kelapa (yang asli suci murni tu). Manis semulajadi, ia juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk pulihkan keadaan perut akibat sakit gastrik ni.

3. Halia
Mengandungi anti-inflamasi dan anti-bakterial yang merawat jankitan kuman dan bakteria dalam perut tu, malah mengurangkan simptom gastrik cam sakit perut, loya, dan poot poot kentut 😛
Favorite Shai juga kalau tetiba sakit perut memulas: buat teh kelat dengan hirisan kecil halia. Insya Allah dalam sejam eloklah tu. ^^

4. Kunyit
Satu lagi personal favorite Shai. Serbuk kuning ni mengandungi bahan dipanggil curcumin yang bersifatanti-bakteria dan juga merawat inflamasi yang legakan keperitan dan rasa terseksa gastrik. Sebagai persediaan, buat serbuk kunyit ni dalam kapsul dan telan. Karang kuning gigi pulaknya.

5. Yogurt
Bahan makanan yang bagus untuk perut kerana kandungan probiotik melawan bakter H.pyolri dalam perut (benda alah tu lah yang buat sakit gastrik tu) serta melindungi tisu perut dari dirosakkan bakteria tersebut.
Amalkan dalam bentuk botol atau supplemen dengan berterusan, insya Allah bakteria tersebut dapat dibuang sepenuhnya. 😀

6. Jus perahan kentang
Boleh cuba ni, jus potato ini bersifat antacid dan beralkali (anti asid) dan berupaya untuk memulih kecederaan yang berlaku akibat sakit gastrik yang pedih, serta stabilkan kembali kandungan asid yang sedia ada dalam perut.
Buat perahan jus ini dan minum sebelum makan, untuk melindungi perut siap-siap