Total Pageviews

Sunday, February 12, 2017

JANGAN BAGI SI KECIL PUTING KOSONG! INI KESAN NEGATIFNYA ANDA PERLU TAHU






Bila anak menangis atau merengek-rengek antara cara paling mudah digunakan mama dan papa untuk menenangkan si manja adalah dengan memberi puting kosong. Mula-mula beri pada waktu malam sahaja tetapi lama kelamaan si kecil jadi ketagih dan mula menjadikan puting kosong sebagai satu keperluan pada bila-bila masa.  Tahu kah anda puting kosong memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan si kecil? Mama perlu mengkaji pro dan kontra kesan penggunaan puting ini sebelum memberikannya kepada si kecil.

1.Penggunaan puting kosong mendedahkan si manja kepada jangkitan yis pada mulut yang boleh dipindahkan kepada puting ibunya. Jangkitan ini boleh berlaku berulang kali.

2.Kajian menunjukkan ada perkaitan rapat antara penggunaan puting kosong dengan peningkatan insiden jangkitan pada telinga.

3.Mendedahkan si manja kepada risiko tercekik.
4.Menimbulkan masalah kepada penyusuan susu ibu di mana si kecil tidak mengenali waktu laparnya dan boleh menyebabkan jarak waktu antara penyusuan menjadi panjang. Ia juga boleh menyebabkan waktu menyusu menjadi pendek dan masalah pelekapan.

5.Penggunaan puting dalam masa yang lama boleh menyebabkan pertumbuhan gigi yang tidak teratur dan seterusnya mengakibatkan masalah pertuturan serta pembentukan lelangit lembut.





No comments:

Post a Comment