Total Pageviews

Friday, January 27, 2017

KALAU IBU HAMIL NAK CEPAT BERSALIN,AMBIL 6 CARA SEMULA JADI INI.



Bila ibu hamil sudah genap masuk 36 minggu kehamilan, hati mula berdebar-debar dan tertanya sama ada akan melahirkan anak tepat mengikut tarikh jangkaan bersalin, terawal 2-3 minggu atau terlambat iaitu 'overdue'?
Macam-macam petua dan saranan yang diberikan oleh kawan-kawan supaya ibu mudah bersalin. Sebenarnya ada beberapa cara semula jadi yang boleh diamalkan jika anda nak melahirkan anak tepat waktunya. Tak salah mencuba sebab ia selamat dan tidak berbahaya.

Berikut antara rangsangan yang boleh mempercepatkan masa bersalin (hanya untuk ibu hamil 37 minggu ke atas sahaja)

1. Lakukan hubungan intim dengan suami


Sperma mengandungi hormon prostaglandin yang cukup untuk mencetuskan kontraksi walaupun tidak terlalu kuat. Tetapi bagi ibu hamil yang tengah tunggu hari amat digalakkan untuk melakukannya.

2. Stimulasi puting payudara

Hormon oksitosin akan dikeluarkan ketika puting payudara dirangsang dan ini membuatkan rahim mula berkontraksi. Bahkan cara ini sangat digalakkan jika anda mahu terus menyusukan bayi sebaik dilahirkan. Rangsangan yang sama turut membantu rahim kembali mengecut ke saiz asal selepas bersalin.

3. Makan makanan pedas


Kalau anda jenis ibu hamil yang suka makan pedas, cara ini memang disukai. Makanan pedas menyebabkan badan mengeluarkan hormon prostaglandin melalui proses penghadaman. Hormon ini akan mencetuskan kontraksi dalam rahim.

4. Banyak berjalan



Kerap berjalan kaki juga membantu merangsang kontraksi lebih cepat dan bayi juga segera masuk ke laluan untuk keluar. Selain itu senaman berjalan kaki turut menguatkan otot-otot yang diperlukan untuk proses melahirkan bayi.

5. Naik kereta lalu jalan berlekuk


Pernah tak anda dengar cara ini boleh bantu ibu hamil cepat bersalin secara semula jadi? Walaupun tidak banyak bukti tetapi apa salahnya mencuba lebih-lebih lagi kalau ibu sudah 'over due'. Yang penting, pandu berhati-hati dan jangan lupa pakai tali pinggang keledar.

6. Ambil Evening primrose oil (EPO)


EPO tidak menyebabkan anda senang bersalin, tetapi ia boleh merangsang dan melembutkan rahim. Anda boleh pilih untuk makan atau memasukkan EPO ke dalam vagina untuk lebih berkesan. Sememangnya EPO disarankan kepada ibu hamil kerana ia akan memudahkan kelahiran, tetapi tidak banyak bukti menunjukkan ia mencetuskan kelahiran secara semula jadi.

Apa pun sebelum mencuba sebarang petua atau cara yang mungkin mencetuskan kelahiran, anda perlulah bertanya dahulu dengan doktor O&G yang memantau kehamilan tentang sebarang risiko atau komplikasi.

Walaupun sesetengah kaedah ini memang popular di kalangan ibu hamil, tetapi mungkin bagi sesetengah ibu ia tidak bersesuaian. Cara terbaik, biarkan sahaja bayi tentukan bila tarikh lahirnya, walaupun ia bermakna anda perlu menunggu lagi satu atau dua minggu.