Total Pageviews

Wednesday, April 17, 2013

JOM JADI PENGEDAR DAN STOKIS GLANZ WHITE & SLIMFAST DIET

Syarat Peraturan Pengedar My Beauty Herbs 

(Dengan Potongan 30%)


STOK PERMULAAN
Untuk Brunei, Indonesia dan Singapore, sila hubungi kami di :

Slimfast Diet
• Untuk Pengedar Bebas, stok permulaan adalah 16 kotak Slim Fast Diet
• Harga Semenanjung RM45 x 16 = RM720
• Potongan Harga 30% dari harga Semenanjung akan diberikan untuk semua pengedar di dalam mahupun luar Malaysia, ie - RM504 sahaja

Glanz White
• Untuk Pengedar Bebas, stok permulaan adalah 10 kotak Glanz White. 
• Harga Semenanjung RM120 x 10 = RM1200
• Harga Promosi RM99 x 10 = RM990

PROMOSI : Potongan Harga 30% dari Harga Promosi. RM693.00 sahaja !!
REBUTLAH peluang ini selagi stok promosi masih ada

PEMILIHAN BARANG 
• Pengedar boleh memilih mana-mana kombinasi barang yang dikehendaki asalkan jumlah harga barangan-barangan tersebut mengikut jumlah minima yang ditetapkan.

PESANAN BARANG 
• Pesanan boleh dibuat terus melalui Stokis Negeri masing-masing atau dari My Beauty Herbs. 

PESANAN SUSULAN 
• Pengedar hendaklah sentiasa aktif membuat pesanan setiap bulan. Walaupun Syarikat tidak menetapkan sebarang pesanan minima setiap bulan, Syarikat berhak menamatkan status pengedar bagi yang tidak membuat sebarang pesanan susulan dalam masa 3 bulan. 

Setiap pesanan minima = 16 kotak SFD atau 10 bootl Glanz White

PENGHANTARAN BARANG 
• Penghantaran barang melalui pos/kurier adalah ditanggung oleh pembeli.

PEMBAYARAN
• Pembayaran boleh dibuat terus ke Stokis Negeri masing-masing atau dari My Beauty Herbs.

Semua pengesahan pembayaran hendaklah disertakan dengan bukti pembayaran.
Sila nyatakan dengan lengkap :
Nama :
Alamat :
Jumlah Pembayaran : 
Cara Pembayaran : ATM , Internet Transfer , Cash Deposit, Kaunter Bank

HARGA JUALAN
• Syarikat telah menetapkan harga istimewa pengedar di mana diskaun diberikan adalah 30%. Jualan MESTILAH mematahui harga rasmi yang telah diluluskan oleh Ibu Pejabat. 

KAWASAN EKSLUSIF PENGEDAR 
• Kawasan eksklusif pengedar ditentukan mengikut kawasan pusat perniagaan, kediaman, kompleks membeli-belah dan kompleks besar pejabat. 

NOTIS MENAMATKAN KEAHLIAN
• Mana-mana pihak yang ingin menamatkan perjanjian keahlian pengedar hendaklah memberi notis sebulan lebih awal. 

PENJUALAN BARANGAN JENAMA LAIN 
• Pengedar dibenarkan menjual jenama-jenama lain namun pengedar perlu pada setiap masa merangka strategi dan memasarkan barangan Syarikat dengan agresif. 

MENJAGA NAMA BAIK SYARIKAT DAN JENAMA 
• Ahli mestilah pada setiap masa memelihara nama baik jenama Syarikat (My Beauty Herbs) ketika melaksanakan aktiviti jualan di kawasan masing-masing. 

PENGIKLANAN
• Ahli akan diberikan iklan PERCUMA (nama, tempat & no telefon) di majalah / akhbar mengikut budi bicara Syarikat. Syarikat berhak mengeluarkan nama pengedar yang tidak aktif dari senarai iklan tanpa sebarang notis. Pengedar adalah dinasihatkan untuk sentiasa membaca iklan-iklan Syarikat di majalah-majalah tertentu untuk sebarang maklumat terperinci mengenai produk dan berita-berita terkini Syarikat. 

PROMOSI
• Syarikat akan mengadakan aktiviti promosi dari masa ke semasa untuk memperkenalkan jenama produk. Pengedar adalah dipelawa untuk bekerjasama menjayakannya. Jika pengedar ingin mengadakan sebarang aktiviti promosi sendirian, ia hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Syarikat.
Anda boleh membuat pesanan di www.mybeautyherbs.com.my untuk mendapat tracking points setelah mendapat ID SAH pengedar. Sila HUBUNGI kami di sini www.facebook.com/messages/mbherbs untuk keterangan lanjut.

Syarat Peraturan Perlantikan Stokis My Beauty Herbs (Dengan Potongan 45%)


Dengan segala hormat dan sukacitanya pihak kami menawarkan anda sebagai stokis bagi produk-produk keluaran My Beauty Herbs. Segala syarat dibawah adalah tanpa prejudis, hanya atas dasar kerjasama bersama.

1. Kawasan Naungan
Pihak anda mewakili syarikat kami untuk negeri/negara anda dan tersenarai di Senarai Stokis kami yang akan kami war-war dn iklankan. 

2. Pembayaran
 Membayar penuh bayaran pesanan produk

3. Sasaran Jualan Bulanan
Setiap stokis hendaklah mencapai sasaran minima jualan sebanyak 223 unit  bagi setiap negeri yang dipilih. Ini bagi memastikan status stokis yang dimiliki berada didalam keadaan relevan dan terus menikmati harga belian stokis.  

4. Peranan dan tanggungjawab Penaung dan Stokis
Menunjukkan prestasi jualan yang baik. Stokis yang tidak memenuhi jualan terkumpul 3 bulan rekod jualan akan diberikan peringatan serta sesi perbincangan masalah berkaitan. Sekiranya masih tiada komitmen, HQ beranggapan Stokis sudah tidak lagi berminat menjadi Stokis dan hak akan ditawarkan kepada orang lain.

5. Pemulangan Barangan

5.1 Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.

5.2 Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian dan memulangkan barangan yang rosak tersebut sebagai bukti. 

5.3 Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya. 

6. Pertukaran Barangan

6.1 Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.

6.2 Barangan berbentuk Set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set tidak boleh ditukar. Sekiranya Pihak Stokis mendapati salah satu barang di dalam set telah rosak, Pihak Stokis mestilah mengembalikan set tersebut secara lengkap bukan menghantar barang yang rosak sahaja. 

6.3 Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian sebagai bukti pembelian. 

6.4 Jumlah nilai barangan pertukaran haruslah tidak melebihi nilai barangan yang ditukar atau pelanggan mesti membayar nilai lebihan tersebut.

6.5 Kredit anda akan dinyatakan di dalam Invoice seterusnya.

6.6 Barangan yang mempunyai tarikh luput hendaklah di pulangkan 3 bulan sebelum tarikh luput yang tertera di produk tersebut. Jika pihak Stokis memulangkan barang tersebut kurang daripada 3 bulan atau telah melebihi tarikh luput, ia tidak akan diterima. Walaupun pihak kami menerima barang tersebut, kami tidak akan menggantikan dengan barang baru.

6.7 Barang yang yang rosak di tangan pihak Stokis tidak boleh di kembalikan kepada Pihak Pengurusan MBH dan itu, adalah tanggungjawab pihak wakil Jualan.

6.8 Barang-barang keluaran terdahulu dan lama (pek lama) tidak akan di terima oleh Pihak Pengurusan MBH dan ia merupakan tanggungjawab pihak Stokis untuk menghabiskan stok tersebut.

6.9 Pihak Stokis tidak dibenarkan menukar barangan MBH dengan item yang lain walaubagaimanapun pertukaran barangan yang rosak atau ‘reject’ semasa penghantaran dari Pihak Ibu Pejabat dan ketika sampai pada Wakil Jualan masih dibenarkan dengan syarat tukar dengan barang yang sama.

7. Pembayaran & Pesanan Barangan

7.1 Setiap Stokis diminta memberikan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran.
Order pertama adalah 223 kotak (Boleh dicampurkan Slim Fast Diet dan Glanz White)
Order ulangan adalah 112 kotak untuk memperolehi 45% potongan
Sekiranya kurang, anda akan memperolehi 30% potongan

7.2 Semua Pesanan Barangan hanya akan diproses selepas pihak syarikat menerima bayaran.

7.3 Pembayaran Boleh dibuat ke akaun My Beauty Herbs

Semua pengesahan pembayaran hendaklah disertakan dengan bukti pembayaran.
Sila nyatakan dengan lengkap :
Nama :
Alamat :
Jumlah Pembayaran : 
Cara Pembayaran : ATM , Internet Transfer , Cash Deposit, Kaunter Bank

7.4 Pihak Syarikat berhak untuk tidak memproses Pesanan Barangan sekiranya Stokis gagal untuk mengesahkan bukti pembayaran kepada pihak syarikat.

7.5 Pihak Syarikat hanya menerima Pemindahan Wang (Transfer Kredit), Kemasukan Wang (Cash Deposit) dan TIDAK akan menerima Kemasukan Cek (Bank-In Cheque) daripada Stokis.

7.6 Pihak syarikat akan membuat penghantaran selewat-lewatnya 3 hari waktu bekerja daripada tarikh bayaran dibuat.

8. Pemasaran & Pengawalan Harga Pasaran

8.1 Syarikat MBH mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Stokis.

8.2 Sekiranya pihak syarikat menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk MBH,juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.

8.3 Sekiranya perkara ini didapati berlaku, pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Stokis berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga Syarikat.

9. Perlantikan Dealer / Outlet

9.1 Setiap Stokis mestilah membuat pemberitahuan secara email, talifon atau bertulis kepada MBH sekiranya melantikmana-mana Dealer/Outlet masing-masing.

9.2 Pihak Pengurusan MBH akan memantau dan mengenalpasti kawasan tersebut bagi mengelakkan pertindihan sesebuah kawasan.

9.3 Stokis tidak diberi hak untuk melantik Dealer/Outlet tanpa memberitahu Ibu Pejabat MBH.

10. Had Kawasan

10.1 Setiap Stokis hanya mempunyai hak pada kawasannya sendiri sahaja walaubagaimana pun MBH memberi peluang kepada stokis terawal memperluaskan jualan ke seluruh negeri.

11.2 Setiap Stokis tidak dibenarkan melanggar atau menceroboh kawasan Stokis lain melainkan dengan merujuk kepada Syarat Perjanjian Stokis No. 10.1 Perlantikan Dealer / Outlet.

11.3 Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, Pihak MBH berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan status Stokis tersebut.

12. Potongan Harga

12.1 Setiap Stokis layak mendapat diskaun 45% daripada harga pasaran.

12.2 Setiap Stokis akan menerima Kit Permulaan iaitu Pamplet, Bunting dan Katalog sekira ada.

13. Disiplin Dan Salah Laku


13.1 Setiap Stokis adalah diingatkan supaya menjual Produk MBH mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Stokis adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk MBH samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan. Pengedar (Dealer) : Layak Mendapat Diskaun 30% dari Harga Pasaran dengan pembelian minima 16 kotak untuk Slim Fast Diet atau 10 kotak untuk Glanz White.

13.2 Setiap Stokis tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan MBH dengan jenama lain.

13.3 Setiap Stokis diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan produk MBH dan tidak boleh membelakangkan cara pemakaian Produk MBH.

13.4 Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Pihak MBH berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan status Stokis tersebut tanpa notis.

14. Pertukaran Produk MBH Dengan Produk-Produk Lain

14.1 Setiap Stokis adalah dilarang sama sekali membuat pertukaran Produk-produk Keluaran MBH dengan mana-mana Produk lain.

14.2 Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Pihak Pengurusan MBH berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan daripada menjadi Stokis.

15. Penilaian Prestasi

15.1 Setiap 3 bulan berturut-turut, pihak MBH akan menilai prestasi jualan Stokis.

15.2 Sekiranya prestasi jualan Stokis tidak aktif atau tidak memuaskan sedangkan permintaan pelanggan adalah tinggi di kawasaan tersebut, pihak MBH berhak melantik Stokis yang baru tanpa merujuk kepada Stokis yang sedia ada.

15.3 Stokis mestilah mempunyai kesungguhan dan daya usaha untuk melantik lebih ramai Dealer sekaligus dapat meningkatkan prestasi jualan.

15.4 Sekiranya Prestasi Jualan Stokis tidak aktif dan tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh Pihak MBH,Pihak MBH akan menurunkan status Stokis kepada Dealer.

16. Rekod Jualan Pelanggan

16.1 Setiap Stokis dikehendaki menghantar rekod jualan Dealernya kepada MBH setiap bulan secara bertulis, email, atau fax kepada MY Beauty Herbs.

17. Insentif

17.1 MBH akan menilai prestasi jualan Stokis dan akan menawarkan Insentif berbentuk barangan atau percutian di dalam atau di luar negara.

17.2 Insentif ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan syarikat.

17.3 Pihak Syarikat berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini pada bila-bila masa.

18. Promosi

18.1 MBH akan melakukan urusan promosi di media cetak, internet dan road show setiap negeri.
Sila HUBUNGI kami di sini untuk pertanyaan lanjut :www.facebook.com/messages/mbherbs 
Nyatakan Ingin Menjadi Stokis