Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam?
Yang sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.
SENAMAN PADA WAKTU PAGI
Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya!
*Mencerdaskan minda dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian
*Meningkatkan metabolisma badan serta membakar kalori pada awal pagi
*Membantu otot bergerak lebih baik kerana regangan telah dilakukan sejak awal pagi
*Bagi sesiapa yang sudah terbiasa melakukan senaman pada awal pagi, jadual senaman
mereka akan menjadi lebih konsisten kerana kurangnya gangguan pada waktu pagi.
Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain.
SENAMAN PADA WAKTU PETANG & MALAM
Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain.
SENAMAN PADA WAKTU PETANG & MALAM
Petang atau malam juga sesuai jika anda mahu bersenam. Realitinya tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam.
Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian.
*Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan.
*Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.
*Lebih manfaat buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.
Lakukan senaman anda mengikut waktu yang dirasakan sesuai. Jangan pula memilih waktu yang tidak sesuai akhirnya senaman yang dilakukan tidak mampu diteruskan dek kerana tiada masa. Semuanya terpulang kepada anda untuk bertindak! Ingatlah, kesihatan tubuh badan penting untuk kualiti hidup yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment