Istilah "Hepatitis" dipakai untuk semua jenis keradangan pada hati. Terdapat pelbagai punca Hepatitis samada dari virus sehingga kepada ubat-ubatan, termasuk ubat tradisional. Penyakit Hepatitis adalah penyakit yang menyerang salah satu organ penting dalam tubuh kita aitu organ hati. Penyakit Hepatitis atau penyakit kuning adalah segala hal bentuk peradangan yang menyerang organ tubuh yang disebut dengan hati ataupun liver. Fungsi utama dari hati atau liver adalah menyaring racun-racun yang ada pada darah. Selain itu, masih ada sekitar 500 fungsi lain dari hati. Jika seseorang menderita hepatitis, yang merupakan peradangan pada hati atau liver ini, dapat menghancurkan kesihatan orang tersebut secara keseluruhan kerana racun tetap bercampur pada darah dan merosak atau mengganggu kerja organ lain. Akibat lainnya adalah hati menolak darah yang mengalir sehingga tekanan darah menjadi tinggi dan pecahnya pembuluh darah. Virus ini dapat menular melalui makanan, minuman, jarum suntik dan pemindahan darah.
Hepatitis adalah daripada perkataan Latin yang bermaksud Radang Hati. Ia disifatkan pemusnah banyak sel-sel hati dan akan memusnahkan sel-sel daripada tisu hati. Hepatitis boleh menyebabkan oleh penyakit yang terutamanya menyerang sel-sel hati. Ia juga muncul hasil daripada penyakit seperti mononucleosis. Manusia boleh mendapat hepatitis jika mereka berhubung secara terus. salah satu virus yang menyebabkan radang hati atau terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan hepatitis seperti alkohol, toksin, kulat dan ubatan yang tertentu. Ia boleh berlaku oleh racun ubat jika terlebih dos ubatan (seperti paracetamol) atau berlaku reaksi yang ganjil pada hati kepada dos yang normal (seperti halothane, anaesthetic).
Hepatitis boleh dibahagikan kepada dua kumpulan kecil termasuk di dalam tempohnya. Jika seseorang mendapat penyakit hepatitis berat, maka satu-satunya cara untuk menyembuhkan adalah dengan melakukan transplantasi hati. Walaubagaimana pun, ia sangat sukar untuk dilakukan. Kerana penyakit hepatitis berat akan berakhir dengan kematian. Untuk melambatnya, disarankan kepada pesakit makan makanan bergizi sehingga sistem kekebalan tubuh menjadi lebih kuat. Hepatitis
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Hepatitis Acute - bertahan kurang dari 6 bulan dan Hepatitis Kronik - bertahan lebih lama dari 6 bulan. Hepatitis Acute mempunyai beberapa penyebab jangkitan virus hepatitis seperti hepatitis A, hepatitis B, hepatitis C, hepatitis D dan hepatitis E. Virus penyakit yang lain seperti monocleosis dan cytomegalovirus, jangkitan bakteria yang teruk, ,jangkitan amoebic, ubat-ubatan seperti racun paracetamol dan halothane (sejenis ubat bius), alkohol dan toxin kulat contohnya keracunan cendawan payung. Penyebab bagi Hepatitis Kronik pula adalah jangkitan virus hepatitis seperti hepatitis B, hepatitis C dan hepatitis D, Ubat-ubatan, toxin-toxin seperti alkohol.
Gejala Hepatitis :
1) Sakit seperti menusuk pada perut bagian kanan
2) Badan menjadi lemah, mual, demam dan cirit-birit.
3) Sakit kuning yang terdapat pada kulit dan mata
4) Kurang selera makan
5) Tekanan atau sakit pada bahagian kanan tulang rusuk disebabkan pembesaran hati.
6) Sakit pada otot, sendi, kepala dan ruam kulit.
Rawatan Hepatitis :
1) Elakkan daripada terdedah terhadap virus-virus hepatitis
2) Jangan ambil minuman yang beralkohol
3) Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
4) Rawatan tradisioanal seperti akupuntur dan hemeopathy
5) Disiplinkan diri dengan mengikuti arahan pengubatan doktor
6) Jaga kesihatan diri yang cukup dan sentiasa bersih
Penyakit Hepatitis biasanya tidak boleh dilihat dengan jelas sehiggalah doktor membuat rawatan lebih lanjut. Virus ini akan berpindah dari penerima virus kepada seseorang yang sihat. Jika kekebalan tubuh seseorang itu sedang lemah, virus akan menjangkiti tubuh orang yang sihat. Walau bagaimana pun, virus ini dapat dibersihkan oleh antibodi manusia itu sendiri jika sistem kekebalan tubuhnya baik.
No comments:
Post a Comment