Sakit gastrik ini sangat azab pada siapa yang kena. Lebih kurang macam sakit sengugut, ada yang sampai kena masuk wad disebabkan menderita sakit gastrik ini.6 penawar sakit gastrik.
1.Air
*Penawar yang paling mudah, air akan mencairkan kepekatan asid dalam perut sehingga stabil. Cukupkan pengambilan air setiap hari agar dapat mengurangkan episod azab menderita sakit gastrik ini.Pada masa sama, elakkan minuman berkafein, apa lagi air yang bergas kerana karbon dioksida tu lah yang akan mengeruhkan keadaan di perut tu.
2.Air kelapa
*Sebagai pemulih tambahan, boleh juga try minum air kelapa (yang asli suci murni tu). Manis semulajadi, ia juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk pulihkan keadaan perut akibat sakit gastrik ni.
3.Halia
*Mengandungi anti-inflamasi dan anti-bakterial yang merawat jankitan kuman dan bakteria dalam perut tu, malah mengurangkan simptom gastrik cam sakit perut, loya, dan poot poot kentut .
4.Kunyit
*Satu lagi personal favorite Shai. Serbuk kuning ni mengandungi bahan dipanggil curcumin yang bersifatanti-bakteria dan juga merawat inflamasi yang legakan keperitan dan rasa terseksa gastrik.
5.Yogurt
*Bahan makanan yang bagus untuk perut kerana kandungan probiotik melawan bakter H.pyolri dalam perut (benda alah tu lah yang buat sakit gastrik itu) serta melindungi tisu perut dari dirosakkan bakteria tersebut.
6.Jus perahan kentang
*Boleh cuba ni, jus potato ini bersifat antacid dan beralkali (anti asid) dan berupaya untuk memulih kecederaan yang berlaku akibat sakit gastrik yang pedih, serta stabilkan kembali kandungan asid yang sedia ada dalam perut.
No comments:
Post a Comment