Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.
>> Cara-cara Demam Kepialu Merebak <<
~ Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
~ Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
~ Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
~ Menggunakan bekalan air tidak bersih.
>> Tanda-tanda dan Gejala <<
* Demam panas berpanjangan
* Sembelit
* Sakit kepala
* Cirit birit
* Sakit perut
* Sakit badan / lemah / letih lesu
* Kurang selera makan
* Mata layu dan cengkung
* Tidak sedarkan diri dan meracau
* Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
>> Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan <<
Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:
๐ถ Premis makanan bersih
๐ถ Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.
๐ถ Telah mendapat suntikan vaksin tifoid.
๐ถSentiasa memakai apron yang bersih serta penutup
kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.
๐ถ Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.
๐ถ Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.
๐ถ Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat
yang mengalir
๐ถ Masak menggunakan air terawat
๐ถ Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga
suhu didih.
๐ถ Makanan yang telah dimasak diasingkan dari yang
mentah.
๐ถ Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan
dalam bekas bertutup untuk
mengelakkan urungan lalat.
๐ถ Menghabiskan makanan dalam masa 4 jam selepas ia
disediakan.
๐ถ Makanan yang disimpan pada suhu 0oC – 4oC
๐ถ Makanan yang dipanaskan semula melebihi suhu 60
oC.
๐ถ Menggunakan penyepit atau sudu yang bersih untuk
menghidangkan dan mengambil makanan.
๐ถ Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan
sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
๐ถ Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan
sempurna).
๐ถ Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air
yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.
No comments:
Post a Comment