Bila dah sekian lama kuat selera makan, anda mungkin inginkan perubahan mengawal pemakanan agar berat badan sentiasa ideal, tapi bagaimana?
Bagaimana mengawal saka makan?
Ganas dak bunyi dia? Yelah, kalau tak makan dia mengilai-ngilai memanggil. Selagi tidak terpenuhkan dia buat perangai. Bahaya weh!
Ada kala otak kita tersilap antara lapar dan dahaga. Kita kehausan tetapi dikatanya kita lapar.
1. Minum Air
Oleh yang demikian, jika baru sahaja lepas makan hidangan besar dan rasa lapar elok kita minum air dahulu. Kalau sudah minum segelas air dan masih lapar, kok memang betullah tu lapar.
Bilakah jarak selamat? Empat jam sekurang-kurangnya. Baru setengah jam makan nak makan lagi tu, nampak sangatlah betapa berleluasanya kesakaan itu.
2. Elakkan Gula Berlebihan
Selain dari itu gula bukan kawan baik kita, biar apapun namanya ia tetap gula. Apabila kita makan karbohidrat dalam jumlah yang besar, badan akan gigih menstabilkan gula darah. Badan dengan cepatnya mengeluarkan insulin. Insulin yang banyak ini akan menyebabkan sudden drop of sugar dalam badan kita. Teruslah beliau hantar signal lapar. Ya, lapar lagi.
Oleh itu, hadkan gula.
3. Tiada Simpanan Snek
Elakkan juga simpan banyak snek di rumah. Jika ada, pastikan ia snek yang sihat seperti keropok KITA; keropok lekor tanpa MSG, atau kerepek, kekacang dan buah-buahan. Itupun, hadkan juga.
4. Berhenti Sebelum Kenyang
Ingat tentang peraturan dua puluh minit, iaitu badan mengambil masa dua puluh minit antara suapan pertama dengan signal kenyang. Lama woih dua puluh minit, boleh muat seperiuk nasi ayam.
5. Beriadah
Salurkan tekanan secara positif. Contohnya, tulis struggle kita di Facebook. Namun begitu, bertabahlah. Tak semua akan sokong kita. Dah geram tu, bersedia dengan kasut sukan dan silalah lari dengan sekuatnya.
No comments:
Post a Comment