Total Pageviews

Wednesday, March 29, 2017

METABOLISME TINGGI..MACAMANA TU?





Ramai yang mengalami masalah obesiti selalu berkata “Aku susah lah nak kurus, metabolisme aku tak tinggi”Betul tak kenyataan tu?. Well untuk menjawap soalan itu, kita kena firstly faham apa itu metabolisme.

Apa dia metabolisme?

Definasi: Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala akitivti (termasuk proses pernafasan dan system badan) memerlukan tenaga (sumber calorie). Kalau pembaca eBook saya mengenalinya sebagai BMR atau Basal Metabolic Rate.


Perkara Semulajadi Yang Mempengaruhi Metabolisme

  1. Komposisi Badan: Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih calorie berbanding lemak.
  2. Genetik: Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang seperti Wayne Rooney atau yang berbadan “stocky”.
  3. Umur: Metabolisma akan menurun dengan umur. Dengan itu, keperluan calorie seseorang akan turun over time. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan memambahkan berat badan walaupun mengambil makanana yang sama (sewaktu muda).

Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisme

  1. Latihan/Semanan: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong Zahari dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam memambahkan otot.
  2. Makan kerapDengan makan 5-6 kali sehari, system-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan mengingkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”
  3. Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama Zahari!
    Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calori yang sama.
  4. Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan mengingkatkan metabolsima.
  5. Supplement: Kebanyakan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana dia akan menginkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dll.



Kesimpulan: Walaupun metabolisme bergantung kepada perkara di luar kawalan kita, pastikan anda mempunyai keseimbangan dari segi kawalan pemakanan dan senaman. Kebanyakan masalah berat badan berlebihan atau masalah kurus boleh diatasi dengan pemahaman dan pengamalan fundamental yang baik. Apa-apa pun jangan bergantung kepada suplemen dan makanan tambahan semata-mata.

Friday, March 24, 2017

MANFAAT SIHAT DARI BUAH CERI..

Ceri, berwarna merah menggoda dan manis rasanya, ternyata bermanfaat yang sihat bagi tubuh kita. Sebuah penelitian tahun 2009 yang dilakukan oleh the Journal of Nutrition menunjukkan manfaat antioksidan dalam buah ceri bagi kesihatan orang yang usianya suda  lanjut. Manfaat antioksidan dari buah ceri memberikan perlindungan pada mereka dari serangan penyakit jantung, kanser, dan penurunan kemampuan kognitif yang terkait dengan usia.


Menurut para peneliti, beberapa laporan penelitian menunjukkan bahwa aktiviti antosianin akan lebih efektif jika dimakan dalam bentuk campuran, misalnya seperti jus buah ceri. Terkait dengan itu, buah ceri yang diolah menjadi jus ceri menyimpan 4 manfaat sihat  seperti berikut :

1. Anti kanser
Karsinogen, zat berbahaya yang terdapat di udara, air dan makanan dapat merusak sel-sel tubuh dan menyebabkan  kanser. Jus buah ceri tak hanya menawarkan kandungan antosianin, tetapi juga menawarkan tiga senyawa kimia yang penting untuk tubuh. Jus ceri mengandung alkohol perillyl, limonene dan asam ellagic yang berfungsi menghentikan transformasi sel yang menyebabkan kanser. Ketiga senyawa tersebut sangat protektif terhadap kanser payudara, paru-paru, hati dan kulit.

2. Menjaga kesihatan jantung

Jus ceri mengandung salah satu jenis antioksidan kuat yang disebut dengan quercetin. Jenis antioksidan ini mampu mencegah kerusakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Quercetin juga membantu tubuh melawan kolesterol jahat dan tentunya menjadi kabar baik bagi kesihatan jantung.



3.Pemulihan selepas olahraga berat

Sebuah penelitian yang diterbitkan dalam Journal of International Society of Sports Nutrition menemukan bahwa pelari yang mengonsumsi 11-12 ons jus ceri sebanyak dua kali sehari selama seminggu sebelum pertandingan lari maraton ternyata mengalami lebih sedikit rasa kesakitan. Ini dibandingkan dengan mereka yang mengonsumsi plasebo. Ini berarti kandungan dalam jus buah ceri mampu memberikan efek pemulihan yang lebih baik bagi mereka yang melakukan olahraga berat.

4. Merawat insomnia

Menurut para peneliti dari Louisiana State University, mengambil jua ceri pada pagi dan malam hari adalah cara yang bagus untuk merawat insomnia. Mereka yang mengambil jus ceri dengan cara tersebut boleh menambahkan sebanyak 90 minit untuk tidur nyenyak di waktu malam . Buah ceri adalah sumber alami melatonin, iaitu hormon yang membantu siklus tidur menjadi lebih baik.

Thursday, March 23, 2017

MENJAGA KESIHATAN KANDUNGAN EMPEDU DENGAN POLAH HIDUP




Pada umumnya, menjaga kesihatan kandung empedu adalah dengan cara mencegah terjadinya batu empedu, dan membuat empedu dapat bekerja dengan normal.
Berikut adalah yang harus diperhatikan untuk menjaga kesihatan kandung empedu :

1.Mengontrol Berat Badan. 

Obesitas atau terlebihan berat badan akan menggangu proses pencernaan. Selain itu, obesitas juga dapat mencetuskan terbentuknya batu pada organ – organ tubuh, salah satunya adalah kandung empedu. Kolestrol yang tinggi dapat mengendap dan menumpuk pada kandung empedu dan menghasilkan batu.

2.Olahraga secara teratur. 

Anda dapat melakukan olahraga yang dapat membakar kalori dengan baik, seperti berlari, badminton, dan berenang, agar tidak terjadi penumpukan lemak pada tubuh anda.

3.Lakukan program diet. 

Program diet haruslah tepat, berpadukan dengan olahraga dan jenis makanan rendah kalori dan tinggi serat serta protein.

4.Kurangi konsumsi makanan yang berkalori tinggi. 

Kalori yang tinggi akan membuat lemak terkumpul. Lemak yang terkumpul berpotensi menimbulkan batu pada kandung empedu

5.Banyakan minum air putih. 

Air putih sangat baik untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan melancarkan pencernaan tubuh. Minumlah 8 gelas air putih sehari untuk kesihatan kandung empedu anda.

6.Hindari tidur setelah makan. 

Bahaya tidur selepas makan kerana kalori akan bertambah , artinya adalah kalori yang tidak terbakar, sehingga dapat menimbulkan lemak berlebihan. Lemak yang berlebihan akan terkumpul dan berpotensi mengganggu kesihatan kandung empedu.

7.Hindari rokok dan minuman beralkohol. 

Rokok dan minuman beralkohol merupakan sesuatu yang ‘berat’ untuk dicerna. Sehingga selain mempengaruhi kerja ginjal, rokok dan minuman beralkohol juga dapat memperberat kerja kandung empedu, yang harus mengeluarkan cairan empedu lebih banyak untuk menyerap kandungan zat – zat yang ada di dalam rokok atau minuman beralkohol.



Thursday, March 9, 2017

SELALU SAKIT KEPALA ?MUAL,PEDIH PERUT DAN KERAP SENDAWA ANGIN?ITU PETANDA GASTRIK.



Gastrik atau istilah perubatannya gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau pengalas atau mukosa perut yang mempunyai rawatan efektif.

Puncanya ialah daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H.pylori) yang juga menjadi penyebab utama kepada ulser perut. Oleh itu, janganlah kita memandang remeh pada penyakit gastrik ini walaupun ia baru di peringkat permulaan.Sekiranya ia dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh menghidapi penyakit gastrik kronik dan boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut.

Tanda- tanda penyakit gastrik :


# Kerap sakit kepala di bahagian kanan terutama apabila perut kosong atau belum makan nasi.

# Sakit kepala ini kadang – kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera 

Demam gastrik apabila tidak makan pagi, tengahari atau malam.

# Muntah kadang – kadang bewarna kuning dan ada darah dalam muntah dan darah beku bergumpal.

# Sakit perut dan rasa pedih yang teramat sangat.

# Keluar angin dari mulut seperti sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

# Hilang selera makan.

# Senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut.

# Perut kembung, kerap buang angin (kentut) selepas makan.
Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat.

# Muntah (akibat tolakan gas daripada perut).Berat badan susut.

# Pada peringkat gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan dan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar serta muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.


Cara yang berkesan merawat gastrik ialah pesakit perlu mengubah gaya hidup serta menjaga pemakanan supaya dapat mengelak gastrik kembali menyerang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat.

2. Pastikan apabila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum.

3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

4. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh,minuman bergas dan air limau.

5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan yang mengandungi yis seperti roti, donat, pau, dan pizza.

6. Elakkan makan terlalu kenyang

7. Elakkan cuka, dan makanan yang pedas.

8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, cempedak atau nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

11. Minum susu segar atau susu tepung full cream bukan susu low fat atau susu yang menguatkan tulang pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.





4 TANDA SAKIT PERUT KERANA HAMIL..





Ramai para bakal ibu menyatakan di awal kehamilan mereka, mereka selalu rasa sakit perut. Malah di awal kehamilan saya dahulu dan sekarang pun, saya rasa sakit perut yang memulas-mulas. Rasa macam nak period tapi takda apa-apa pun. Dah tu seolah-olah nak terkeluar isi perut. Sebenarnya, betul kah tanda sakit perut ni kerana hamil?

1. Sakit Pada Bahagian Tengah Perut


Sakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud iaitu ketidakcernaan yang teruk,jangkitan virus dalam perut dan juga keracunan makanan.

2. Sakit Pada Bahagian Bawah Perut
Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Contohnya ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia juga mungkin disebabkan keguguran,kelahiran pramatang,kehamilan ektopik,fibroid menyusut dan berdarah.

Selain itu,mungkin juga sakit perut tanda hamil ini adalah disebabkan pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta terpisah daripada dinding rahim sebelum masanya. Kehadiran plasenta adalah sangat penting kerana ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya.

3. Kembung Perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan,maka ianya mungkin akan menjurus kepada sakit perut tanda hamil seperti kembung. Keadaannya sama seperti rasa ketika anda hendak datang haid.

Selalunya gejala ini terjadi pada ibu hamil ketika trimester I dan trimester III. Mungkin pada ketika ini pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

4. Kejang Perut


Kebiasaannya anda akan mengalami kejang perut seminggu sebelum kehamilan disahkan. Kejang yang dialami seakan-akan macam rasa sakit senggugut.

                               

Cara Mengatasi Sakit Perut Tanda Hamil
  • Hindari makanan atau minuman yang memiliki kandungan banyak gas yang boleh membuatkan perut anda kembung, seperti durian,air gas dan sebagainya.
  • Pakailah pakaian yang longgar dan selesa untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada perut dan pinggang ibu hamil.
  • Amalkan senaman dan latihan pernafasan untuk menenangkan diri anda.
  • Lakukan aktiviti seperti berjalan di pagi hari untuk membantu pencernaan sekaligus mengelakkan sakit perut tanda hamil.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dan banyakkan sayuran dan buah-buahan dalam diet.
  • Jangan biarkan diri anda berada dalam tekanan.
  • Cukupkan masa untuk anda beristirahat.

8 TIPS BAGAIMANA HENDAK SIHAT & CANTIK SELALU


Wanita adalah makhluk Allah yang diciptakan dengan segala keindahan dan kesempurnaan.Kecantikan wanita bukan sahaja diukur dari segi luaran,malahan kecantikan dalaman juga.Apabila bercakap mengenai kecantikan,secara langsung ia berkait rapat dengan kesihatan wanita. Kesihatan juga merupakan anugerah yang sangat berharga yang diberikan olehNya kepada manusia. Kerana itu perawatan kesihatan juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang wanita. Setiap wanita yang mendambakan kecantikan dan kesihatan pasti akan berusaha untuk menggapainya bahkan mereka rela berkorban dengan melakukan segalanya demi kepuasan untuk kelihatan cantik,sihat dan menawan.
Terdapat berbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri.
1. Bersenam setiap hari.
Tips bersenam secara berdisiplin:
~  Bersenam sekurang-kurangnya tiga puluh minit sehari
~ Sesekali lakukan kerja rumah tanpa menggunakan mesin
~ Berjalan pantas adalah senaman mudah diamalkan
~ Lakukan pergerakan ringan seperti membasuh pinggan atau sebagainya

2. Tingkatkan sistem penghadaman.
Tips untuk melancarkan sistem penghadaman:
~ Mengambil makanan kaya serat dan buah-buahan seperti oat, brokoli, prun, kekacang dan betik.

3. Selaraskan pH tubuh.
Tips untuk mendapatkan pH badan yang sihat:
~ Mengambil bahan organik yang kaya dengan mineral dan bersifat alkali.

4. Banyakkan meminum air.
Tips tentang pemilihan air minuman:
~ Minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air  yang bersifat alkali, kaya dengan mineral dan bertenaga.
~ Kurangkan pengambilan air yang tinggi kandungan gula pewarna dan berkarbonat.


5. Pengurusan stres.
Tips pengurusan stres:
~ Senyum selalu.
~ Tarik nafas dalam-dalam sekerap mungkin.
~ Lakukan aktiviti berfaedah supaya tidak terlalu memikirkan stres seperti mendengar lagu kegemaran, bersembang-sembang dan melawat tempat yang belum pernah dikunjungi.
~ Kawal minda supaya tidak terlalu emosi akibat stres.

6. Tabiat makan yang baik.
Tips amalan pemakanan yang sihat:
~  Sebaik-baiknya pilihlah makanan organik dan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta perbanyakkan  pengambilan makanan berserat.

7. Jaga jadual tidur.
Tips disiplin diri yang bagus
~  Patuhi jadual tidur dengan tidur sekurang-kurangnya 7 – 8  jam sehari.

8. Kulit yang cantik
Tips untuk memiliki kulit yang cantik dan gebu
~ Makan lebih sayuran dan buah-buahan
~ Pengambilan supplement seperti vitamin C untuk kekal bertenaga dan sihat dan menjadikan kulit juga kelihatan menawan.


Monday, March 6, 2017

BAHAYA MAKANAN RINGAN KEPADA TUBUH KITA!


Tidak dinafikan, golongan remaja terutamanya sangat gemarkan makanan ringan atau lebih popular dengan gelaran ‘junk food’.
Pernahkah anda terfikir mengapa ia dinamakan sedemikian? istilah ‘junk’ itu sendiri sebenarnya membawa maksud ‘lebihan’ dan ‘tidak berguna’.
Hakikatnya, makanan ringan seperti kerepek, cip kentang, gula-gula dan lain lain makanan ringan yang dibungkus dalam plastik tidak bagus untuk kesihatan lebih-lebih di usia anda yang masih muda.
Memang benar, makanan ringan ini sebenarnya memberikan ketagihan pada remaja kerana rasanya yang enak, mudah didapati dan murah. Tapi realitinya, kebanyakan produk ini tidak memberikan apa-apa manfaat dan juga khasiat penting untuk badan.
Pengambilan makanan ini secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan anda dan juga menghalang anda untuk mencapai matlamat dalam diet harian. Penulis percaya ketagihan produk ini sukar dihentikan tapi jika anda perhatikan kesannya pada kesihatan, fikir sekali lagi.
Punca badan letih
 – Walaupun makanan ringan dan makanan segera boleh mengenyangkan perut, tapi produk ini kekurangan nutrien yang diperlukan seperti protein dan karbohidrat yang berfungsi menjadikan tubuh anda bertenaga dan sihat. Jika anda mengambil produk ini setiap kali kelaparan, anda boleh menjadi letih. Makanan ini mengurangkan tenaga dalam badan dan pada sampai satu tahap menghalang anda melakukan tugas harian dengan berkesan.
Kemurungan 
 Fasa tumbesaran remaja menyebabkan badan mereka mengalami banyak perubahan hormon. Contohnya, mereka mudah terdedah kepada perubahan mood dan tingkah laku. Diet seimbang memainkan peranan penting untuk menstabilkan perubahan hormon itu. Kerana kekurangan nutrien dalam makanan ringan, kemungkinan remaja mengalami kemurungan akan meningkat 58 peratus.
Ganggu penghadaman 
 Remaja yang ketagih makanan ringan berlemak akan hadapi masalah penghadaman seperti penyakit sindrom usus. Ini kerana makanan ringan kebanyakannya digoreng dan minyak yang terdapat dalam produk itu berkumpul dalam perut menyebabkan ‘keasidan’. Hal ini menyebabkan hakisan pada lapisan perut kerana kandungannya yang terlalu pedas dan kekurangan serat penting untuk pencernaan yang betul.
Ketidakstabilan tahap gula dalam darah 
 Makanan ringan sebenarnya tinggi kandungan gula yang menyebabkan metabolisme anda di tahap bahaya. Gula menyebabkan pankreas merembeskan lebih jumlah insulin untuk mengelakkan kenaikan drastik tahap gula dalam darah. Oleh kerana makanan ringan tidak mempunyai nutrien mencukupi, paras gula dalam darah akan menurun secara tiba-tiba selepas makan. Ini menyebabkan anda cepat marah dan meningkatkan ketagihan anda pada makanan ringan.
Membahayakan jantung 
 Produk bergula ini meningkatkan tahap kolesterol iaitu faktor utama yang menyumbang pada penyakit jantung. Selain itu, lemak yang terkumpul dalam badan menyebabkan anda menjadi lebih gemuk. Lebih banyak berat badan bertambah, lebih tinggi risiko penyakit jantung.
Risiko penyakit buah pinggang 
 Percaya atau tidak, kentang goreng dan kerepek yang biasa didapati di restoran francais mengandungi jumlah garam yang tinggi berfungsi meningkatkan air liur dan rembesan enzim yang meningkatkan ketagihan anda. Kandungan tinggi lemak yang tidak baik dan natrium dari garam meningkatkan tekanan darah dan memberi kesan kepada fungsi buah pinggang.
Menghalang diet seimbang 
 Ketagihan pada makanan ringan boleh menghalang anda melakukan diet seimbang. Diet yang berkesan memerlukan pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein dan karbohidrat, tapi ketagihan pada produk tinggi gula itu boleh mengganggu proses diet anda.






Wednesday, March 1, 2017

6 PENAWAR SEGERA UNTUK SAKIT GASTRIK YANG TERUK


Sakit gastrik ni sangat azab pada siapa yang kena. Lebih kurang macam sakit sengugut, ada yang sampai kena masuk wad disebabkan menderita sakit gastrik ini. Ini dia, 7 penawar sakit gastrik, terbukti juga untuk yang dah tahap teruk.

6 Penawar Sakit Gastrik yang teruk

1. Air
Penawar yang paling mudah, air akan mencairkan kepekatan asid dalam perut sehingga stabil. Cukupkan pengambilan air setiap hari agar dapat mengurangkan episod azab menderita sakit gastrik ini.
Pada masa sama, elakkan minuman berkafein, apa lagi air yang bergas kerana karbon dioksida tu lah yang akan mengeruhkan keadaan di perut tu. ^^v

2. Air kelapa
Sebagai pemulih tambahan, boleh juga try minum air kelapa (yang asli suci murni tu). Manis semulajadi, ia juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk pulihkan keadaan perut akibat sakit gastrik ni.

3. Halia
Mengandungi anti-inflamasi dan anti-bakterial yang merawat jankitan kuman dan bakteria dalam perut tu, malah mengurangkan simptom gastrik cam sakit perut, loya, dan poot poot kentut ðŸ˜›
Favorite Shai juga kalau tetiba sakit perut memulas: buat teh kelat dengan hirisan kecil halia. Insya Allah dalam sejam eloklah tu. ^^

4. Kunyit
Satu lagi personal favorite Shai. Serbuk kuning ni mengandungi bahan dipanggil curcumin yang bersifatanti-bakteria dan juga merawat inflamasi yang legakan keperitan dan rasa terseksa gastrik. Sebagai persediaan, buat serbuk kunyit ni dalam kapsul dan telan. Karang kuning gigi pulaknya.

5. Yogurt
Bahan makanan yang bagus untuk perut kerana kandungan probiotik melawan bakter H.pyolri dalam perut (benda alah tu lah yang buat sakit gastrik tu) serta melindungi tisu perut dari dirosakkan bakteria tersebut.
Amalkan dalam bentuk botol atau supplemen dengan berterusan, insya Allah bakteria tersebut dapat dibuang sepenuhnya. ðŸ˜€

6. Jus perahan kentang
Boleh cuba ni, jus potato ini bersifat antacid dan beralkali (anti asid) dan berupaya untuk memulih kecederaan yang berlaku akibat sakit gastrik yang pedih, serta stabilkan kembali kandungan asid yang sedia ada dalam perut.
Buat perahan jus ini dan minum sebelum makan, untuk melindungi perut siap-siap




PUNCAH PENYAKIT JANTUNG ,ADAKAH KERANA KOLESTEROL??



Penyakit jantung; seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung, kegagalan jantung kongestif dan penyakit jantung kongenital, adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Kita sering diingatkan bahawa paras kolesterol yang tinggi merupakan punca penyakit jantung. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa punca penyakit jantung adalah kolesterol.

Kolesterol dan Penyakit Jantung

Kita tahu bahawa kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Namun ianya akan dibersihkan oleh kolesterol HDL. Semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita untuk mendapat penyakit jantung.
Kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik, dalam keadaan asal ia baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL daripada makanan, badan kita sendiri akan membuatnya. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol bagi menurunkan risiko mendapat penyakit jantung.

Penyebab Sebenar Penyakit Jantung

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab utama penyakit jantung. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh daripada mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan penyakit jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol, anda sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.
Kolesterol LDL bukanlah penyebab masalah radang pembuluh darah. Punca utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.


Homosistein dan Penyakit Jantung

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer daripada Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Di dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain daripada itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik (B9), vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka. Satu penemuan yang perlu diberi perhatian.

Pencegahan Penyakit Jantung

Sebelum ini dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, tetapi kajian-kajian yang dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Untuk mencegah daripada mendapat penyakit jantung, kita dinasihatkan untuk mengubah gaya hidup. Pengambilan makanan seimbang dan melakukan aktiviti fizikal dapat membantu tubuh kita mendapat HDL (kolesterol baik), anti-oksidan, asid folik (B9), vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup, yang akan melindungi kita daripada penyakit jantung.