Total Pageviews

Monday, February 20, 2017

PUNCA KENCING MANIS




1-Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar ( IDDM- ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus ) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis 1 dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kalenjar pancreas. Biasanya penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan,pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

2-Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan insulin ( penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin ) atau penghasilan insulin yang berkurangan. oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pancreas, boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan,pengurangan berat badan,bersenam dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan serius kepada pesakit.







Penyakit kencing manis berlaku disebabkan oleh terdapat kebocoran pada SALURAN DARAH. Disebabkan kebocoran tersebut makanan yang membekalkan tenaga pada badan akan keluar melalui saluran tersebut dan mengakibatkan tenaga yang dibekalkan semakin berkurangan. Disebabkan itu urat saraf menjadi lemah serta kecut dan mengakibatkan pancreas tidak aktif kerana ia tidak dapat mengeluarkan insulin. ( rujuk rajah diatas )


Sekiranya kebocoran berlaku disebelah kanan rawatan yang biasa digunakan adalah melalui suntikan insulin manakala sekiranya kebocoran berlaku disebelah kiri rawatan yang selalu digunakan adalah melalui kaedah ubatan seperti pil.


Akibat dari organ pancreas tidak dapat menyalurkan insulin menyebabkan berlakunya kencing manis,darah tinggi,kegagalan buah pinggang dan mengakibatkan saluran jantung menjadi kecut.

Salah satu cara untuk memulihkan serta menstabilkan penyakit ini adalah dengan menampal lubang atau kebocoran yang ada. Sebagai contohnya, hal ini boleh diibaratkan seperti paip air yang berlubang tidak akan dapat menyalurkan air dengan sepenuhnya kecuali langkah diambil dengan paip tersebut ditukar baru ataupun ditampal. Hal ini sama seperti kencing manis. Oleh itu cara untuk merawat dan seterusnya menstabilkan penyakit ini adalah melalui proses penampalan.

Tuesday, February 14, 2017

5 TIPS MEMBANTU ANDA UNTUK MENGAWAL SELERA MAKAN


 

Bila dah sekian lama kuat selera makan, anda mungkin inginkan perubahan mengawal pemakanan agar berat badan sentiasa ideal, tapi bagaimana?
Bagaimana mengawal saka makan?
Ganas dak bunyi dia? Yelah, kalau tak makan dia mengilai-ngilai memanggil. Selagi tidak terpenuhkan dia buat perangai. Bahaya weh!
Ada kala otak kita tersilap antara lapar dan dahaga. Kita kehausan tetapi dikatanya kita lapar.
1. Minum Air
Oleh yang demikian, jika baru sahaja lepas makan hidangan besar dan rasa lapar elok kita minum air dahulu. Kalau sudah minum segelas air dan masih lapar, kok memang betullah tu lapar.
Bilakah jarak selamat? Empat jam sekurang-kurangnya. Baru setengah jam makan nak makan lagi tu, nampak sangatlah betapa berleluasanya kesakaan itu.
2. Elakkan Gula Berlebihan
Selain dari itu gula bukan kawan baik kita, biar apapun namanya ia tetap gula. Apabila kita makan karbohidrat dalam jumlah yang besar, badan akan gigih menstabilkan gula darah. Badan dengan cepatnya mengeluarkan insulin. Insulin yang banyak ini akan menyebabkan sudden drop of sugar dalam badan kita. Teruslah beliau hantar signal lapar. Ya, lapar lagi.
Oleh itu, hadkan gula.
3. Tiada Simpanan Snek
Elakkan juga simpan banyak snek di rumah. Jika ada, pastikan ia snek yang sihat seperti keropok KITA; keropok lekor tanpa MSG, atau kerepek, kekacang dan buah-buahan. Itupun, hadkan juga.
4. Berhenti Sebelum Kenyang
Ingat tentang peraturan dua puluh minit, iaitu badan mengambil masa dua puluh minit antara suapan pertama dengan signal kenyang. Lama woih dua puluh minit, boleh muat seperiuk nasi ayam.
5. Beriadah
Salurkan tekanan secara positif. Contohnya, tulis struggle kita di Facebook. Namun begitu, bertabahlah. Tak semua akan sokong kita. Dah geram tu, bersedia dengan kasut sukan dan silalah lari dengan sekuatnya. 




PETUA MENGUBATI CACAR ATAU CAMPAK




Penyakit cacar biasanyya kerap dihadapi ramai orang. Pada kebiasaannya sewaktu umur meningkat remaja. Penyakit ini memang mengganggu serta menyebabkan rasa gatal.
Untuk mengatasinya, semak langkah-langkah berikut ini:
1. Lobak dan Daun Ketumbar
Semangkuk sup yang dibuat dari lobak dan daun ketumbar bermanfaat dalam menyembuhkan cacar. Ini karena bahan-bahan itu kaya anti-oksidan.
Sup ubat cacar air: Potong 100 gram lobak segar, potong 60 gram atau satu 1/2 cangkir daun ketumbar segar. Rebus dalam 2 1/4 gelas air dengan api sederhana sampai tersisa setengah. Minum sup ini sekali sehari. Anda dapat juga makan lobak rebus dan daun ketumbar untuk memberi stamina.
2. Havermut/Oatmeal
Mandian oatmeal adalah petua yang popular untuk gatal-gatal yang disebabkan oleh cacar. Giling dua cangkir oatmeal sehingga menjadi serbuk halus. Masukkan oatmeal dalam dua liter (1 1/2 galon) air hangat suam-suam kuku. Berendamlah di air mandi selama 15 hingga 20 minit, selanjutnya basuh untuk meredakan gatal-gatal akibat cacar air.
3. Madu
Madu yang disapukan pada kulit akan menangani gatal dan membantu mengubati lecet yang kerana cacar air. Sapu madu asli pada kulit yang terkena cacar air. Ulangi 2-3 kali sehari sampai sisa luka hilang. Minum madu dapat juga tingkatkan imuniti badan melawan cacar air.
4. Baking Soda
Baking soda mengurangkan rasa gatal disebabkan oleh cacar air. Ini adalah salah satu di antara ubat semulajadi terbaik dalam mengubati cacar air. Campur 1/2 senduk baking soda dengan air. Sapukan dan menerapkan larutan ini pada kulit tubuh terkena cacar dan ruam. Biarkan menjadi kering pada badan pesakit. Ini dapat membantu pesakit untuk mengurangi hasrat menggaru.
5. Air Kacang Hijau
Air kacang hijau dapat juga membantu menyingkirkan masalah cacar air. Rebus kacang hijau hingga mekar dan tapis airnya. Pakai air kacang hijau untuk bersihkan kulit pesakit cacar air. Jenis rawatan ini dapat membantu mengurangi rasa gatal dan lecetan. Air kacang hijau memberikan kesegaran tubuh dan membantu untuk mengurangi ruam. Air kacang hijau dapat diminum untuk tingkatkan ketahanan badan.


Sunday, February 12, 2017

JANGAN BAGI SI KECIL PUTING KOSONG! INI KESAN NEGATIFNYA ANDA PERLU TAHU






Bila anak menangis atau merengek-rengek antara cara paling mudah digunakan mama dan papa untuk menenangkan si manja adalah dengan memberi puting kosong. Mula-mula beri pada waktu malam sahaja tetapi lama kelamaan si kecil jadi ketagih dan mula menjadikan puting kosong sebagai satu keperluan pada bila-bila masa.  Tahu kah anda puting kosong memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan si kecil? Mama perlu mengkaji pro dan kontra kesan penggunaan puting ini sebelum memberikannya kepada si kecil.

1.Penggunaan puting kosong mendedahkan si manja kepada jangkitan yis pada mulut yang boleh dipindahkan kepada puting ibunya. Jangkitan ini boleh berlaku berulang kali.

2.Kajian menunjukkan ada perkaitan rapat antara penggunaan puting kosong dengan peningkatan insiden jangkitan pada telinga.

3.Mendedahkan si manja kepada risiko tercekik.
4.Menimbulkan masalah kepada penyusuan susu ibu di mana si kecil tidak mengenali waktu laparnya dan boleh menyebabkan jarak waktu antara penyusuan menjadi panjang. Ia juga boleh menyebabkan waktu menyusu menjadi pendek dan masalah pelekapan.

5.Penggunaan puting dalam masa yang lama boleh menyebabkan pertumbuhan gigi yang tidak teratur dan seterusnya mengakibatkan masalah pertuturan serta pembentukan lelangit lembut.